berserah pada Allah, kalimah lailahaillallah, meRASA Allah dekat, Umum

“Ya Allah biarlah anakku, menangis, tersedar di dunia, dari mati tak mampu ingat, tak boleh mengucap laailahaillallah.”

Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh.
Ya Salam Ya Allah.
Bismillahirrohmanirrohim.
 
Beberapa hari lalu, setelah guru hamba kongsi cara, zikir wukuf maqam qalbu, esok paginya, terus saya pegang tangan setiap anak-anak, tunjuk pula pada mereka, yang umurnya 3, 6 dan 8 tahun. Alhamdulillah, dapat dalam 10kali zikir, saya pesan pada anak-anak,
Pesan saya:  “Teruskan ye, mummy nak naik (tingkat) atas sekejap. Nak bersiap.”
 
Tidak lama lepas tu, saya terdengar anak-anak berlari ke tingkat atas.
 
Anak 6 tahun: “Mummy saya rasa dug dug dug kat sini…” (sambil tunjuk ke arah jantung)
Anak 3 tahun: Rasyid pun, bunyi dud dug dug.
 
Masing-masing excited. Saya tersentuh dengan feedback mereka. Saya pun terangkan sedikit.
 
Rasyid yang 3 tahun: “Mummy ni jantungkan?” (sambil tunjuk ke arah jantung, dirinya) “Jantung warna merahkan? Rasyid nak tengok.”
 
Saya tunjukkn 1 video keadaan jantung pada anak-anak. Saya kupaskan, sedikit, video, di bawah. “Apabila jantung dah stop, nampak ni, bermakna orang tu pun dah mati.”

 Selesai sahaja video, air muka rasyid berubah.
 
Rasyid kata: “Rasyid tak nak jantung.. rasyid tak nak jantung, dalam ni.. sambil teresak-esak, tangannya menunjuk ke arah jantung, sendiri. Beria-ia dia menangis lama.. huuuuuu.. huuuuu.. rasyid tak nak… huuuuu…”
Semua tersenyap. Walau saya pujuk, panjang tangisannya saya tak mampu hentikan. Sayu tengok anak sendiri, yang umurnya baru 3 tahun. Tak tahu apa yang dia saksikan. Saya gosok badannya, peluk, tenangkannya. Jauh di sudut hati, menahan sebak, menahan tangis air mata, mengalir.
Dalam hati berkata, “Ya Allah biarlah anakku, menangis, tersedar di dunia, dari mati tak mampu ingat, tak boleh mengucap laailahaillallah.” Saya berpesan ringkas, “sebab itu kita kena belajar syahadah, laailahaillallah.”
 
cari ilmu syahadahtain 2kalimah syahadah
Hari itu, nampak wajahnya sugul. Sudah beberapa jam berlalu, saya tanyakan soalan padanya. Apa yang dia nampak? Dia diam seribu bahasa, dengan mulut yang diketap rapat.
Sewaktu di meja makan, rasyid bertanya: “Mami lepas kita mati, lepas tu?”
Saya: “SEBELUM kita mati, sebabtu sekarang kita kena belajar Laailahaillallah.. Bila belajar kita tanam dalam jiwa, nanti baru ingatan menjadi laailahaillallah. Jadi bila kita nak mati, baru boleh ucap laailahaillallah. Rasulullah sollallahualaihiwassalam kata, siapa dapat ucap laailahaillallah, dakholal jannah, terus masuk syurga.”
 
Rasyid: “Oo.. nampak senyuman riang, pada wajahnya.”
 
Perasan yang kakak berumur 8 tahun juga turut mendengar, saya menyambung bicara. “Kakak bila nak mati, jasad kita dah sakit sangat. Sakit sangat.. kita tak mampu ingat. TAPI dalam diri kita, yang batin ini, yang kita belajar, tanam dengan laailahaillallah, masa nak keluar, dia yg akan mengucap. BUKAN SENANG NAK MATI, MENGUCAP LAAILAHAILLALLAH.. SEBABTU KENA BELAJAR.”
belajar syahadah laailahaillallah, Allah bantu semasa nak mati
Rakan jemaah bisu, sewaktu nazak, juga boleh mengucap.
Teringat kisah seorang rakan yang belajar ilmu Laailahaillallah, walaupun dia seorang yang bisu, namun semasa nazak, terkeluar kalimah agung, Laailahaillallah, dari mulutnya. Alhamdulillah, dia mampu mengakhiri qalamnya, dengan kalimah itu. Betapa rahsia, agungnya kalimah itu, bila dipelajari, difahami, diamal dengan ilmu. Ilmu rukun Islam pertama.
Kalimah Laailahaillallah, kalimah Allah. Kalimah yang terdapat pada tiang arasy. Kalimah Laailahaillallah yang dipelajari, diamalkan, akan menjadi ingatan, sehingga tertanam dalam diri batin. Menghidupkan, membangunkan diri yang batin.
Semasa kita nazak, apabila nyawa sudah ditengkorokan, diri yang batin, yang telah menyaksi (bersyahadah) di dunia, itulah yang mengucap, Laailahaillallah. Namun jika tidak menyaksi semasa di dunia, kita akan keliru mana satu yang harus diikuti, kerana sewaktu nazak, syaitan juga turut akan datang, dengan segala tipu dayanya.
Syahadah laailahaillallah, bukan ucapan kosong. Syahadah rukun Islam pertama, perlu menyaksi. Perhati makna syahadah  rukun Islam pertama, bermaksud, “Aku bersaksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan bersaksi Muhammad utusan Allah.”

Berkongsi kata guru mursyid, “Kalimah Agung sudah tertanam dan itulah yang amat mengembirakan Allah. Sesudah itu Allah yang memelihara dan menarik mereka kepada Nya. Ameen.Ya Rabbal Alameen “
Allahu Akhbar, sangat merasa ketenangan dan getarannya. Pelajarilah, didiklah anak-anak dengan ilmu kalimah Laailahaillallah. Masa sudah semakin suntuk. Falam annahu Laailahaillallah, perintah Allah, Surah Muhammad ayat 19.
Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge