cara kembangkan potensi diri, saintifik

Terokai Kepintaran Diri Sesi 1 (AREIF Program)- sempena Program Pembangunan Modal Insan bersama pelajar ADS

Jom Share artikel ini dengan niat anda turut mendapat kurnia dariNYA

Alhamdulillah, banyak pembukaan sepanjang perjalanan dari kl ke ADS kelantan, minggu lepas 6 April 2019, sambil ditemani dengan cd syahadah alQadir, ilmu bulan ramadhan 2016. Awan pun turut bercerita about “energy”.

Di ADS, Alhamdulillah, dengan izinNya dapat hamba berkongsi bersama pelajar-pelajar ADS, tentang terokai kepintaran diri secara saintifik melalui analisa biometrik polar jari.

Sempat juga hamba berkongsi kisah cerita dari buku #MRBK, bab PUTUS HARAP PADA MAKHLUK. “Sejak kisah anak sakit bertahun yang lalu, saya dah tak makan ubat hospital.” Itulah sedikit sebanyak celoteh perkongsian tentang pengalaman iman.

Actually, bila dah tak makan ubat, Saya minta Allah ganti cara lain. Intro “energy” je hamba share kt anak-anak ADS. Seronok bila ada yang dapat RASA energy. Actually lama dah saya tak buat. Tapi lately, setelah muroqabah, di GERAK buat semula.

Baru hamba faham, ketinggian ilmu ILAH, perlu mengatasi ilmu lain. Baru boleh “on” semula, apa yang pernah belajar dahulu. (tanpa syirik) Cuma kali ni dengan setitis kefahaman hamba dari keluasan ilmu LailahaillAllah, memahami Syahadah alQadir. Seronok menikmati, Its about energy bila berzikir.

Saksikan kurang 2minit, video di bawah nanti.

Majlis yang berlangsung selama 2 jam, dimulakan dengan alunan qasidah ADS Banat (kumpulan pelajar lelaki) dan qasidah Banin (kumpulan pelajar perempuan).

Introduction to Activate Your Existential Intelligence

Alhamdulillah, ringkasnya pada hari tersebut sempat hamba berkongsi tentang

  1. Pengalaman kerohanian, #TanyaALLAH, iman, yang ALLAH titipkan sehingga menulis buku #MRBK,
  2. Tips nak dakwah
  3. Aktiviti dakwah jari,
  4. Kehebatan ALLAH dalam mencipta program analisa biometrik polar jari dan hubungannya dengan neurokorteks otak untuk mengenal karakter dan 8+1 kepintaran seseorang individu secara kajian saintifik,
  5. Berkongsi teknik dan cara berkesan untuk seseorang menerima sesuatu pembelajaran dan,
  6. Aktiviti Sesi Energy “Nak Percaya Kena RASA”.

Pelajar ADS ini terdiri dari peringkat umur 9 hingga 18 tahun. Walaupun awalnya hamba kurang pasti dengan penerimaan mereka, Alhamdulillah, melalui testimoni yang diberikan, ternyata mereka seronok dan beroleh manfaat, dengan izin dan kefahamanNya.

Program Terokai Kepintaran Diri Siri 1 & Perkongsian Pengalaman Spiritual dari Buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA

Testimoni 1 – Muhammad Fathurhaziq 17 tahun.

Alhamdulillah, setelah menghadiri program ini saya belajar suatu benda yang baharu. Antaranya ialah apabila kita ada masalah kita perlu berserah kepada ALLAH dan tidak bergantung kepada selain-NYA. Bila kita berserah dan bergantung kepada ALLAH maka ALLAH akan bantu kita.
Saya juga belajar strategi da’wah yang baharu dan saya tertarik dengan video-video dan slide yang disampaikan. Dan saya berharap boleh datang lagi.
A

Testimoni 2 – Muhammad Isa 18 tahun

Sebenarnya saya baru tahu yang kita punya cap jari ini ada berkaitan dengan otak kita. Program kali ini apa yang saya faham kalau kita nak buat sesuatu kita kena minta pada ALLAH, kita kena selalu minta pada ALLAH kalau kita berasa susah, banyak masalah, saya baru faham kalau kita nak berusaha kita kena minta pada ALLAH.

Saya baru faham, yang kita punya cap jari ini ada kelebihnnya. Apabila saya menggosok-gosok tangan saya, saya dapat rasakan ada energy, pada tangan saya. Saya berasa sangat seronok apabila ada dalam program.

Saya dapat benda baru dalam program ini, contohnya cap jari kita tak sama dengan kawan kita. Jadi selepas ini, kalau ada program ini lagi, saya ingin hadir dalam program ini. Sekian Terima kasih.

Testimoni 3 – Saffiyah 14 tahun.

Bismillah hirrohmanirrohim. Setelah saya mengikuti program ini, saya dapat banyak ilmu baru. Antaranya 8 kepintaran yang ada dalam diri manusia. Masa dengar cerita aunty Aein tentang telinga keluar kahak tu, saya rasa macam nak cuba cakap dengan ALLAH.

Paling saya suka, waktu dakwah jari tu. Bila Aunty Aein suruh buat pergerakan tangan tu, saya sendiri boleh nampak energy tu. Saya suka tengok Aunty Aein ni semangat betul bila bercerita depan orang ramai. Semoga program ini dapat diteruskan di masa akan datang.

InsyaALLAH, jika diizinkanNYA, kita sambung lagi ya. Untuk terperinci tentang AREIF Program boleh baca 11 SEBAB mengapa anda perlu kenali potensi diri secara saintifik! klik http://www.nurulaein.com/sebelas-11-sebab-mengapa-anda-perlu-kenali-potensi-diri-secara-saintifik/

About aein

Alhamdulillah.. Blog ini ditulis untuk berkongsi tarbiah diri buat diri sendiri. Asalnya dahulu saya seorang pensyarah, namun berhenti setelah istikharah dan mendapat gerak kuat dariNya. Mengadu pada Nya, jika begitu kehendakNya, bagaimana nak bayar duit kereta? Lalu ALLAH menggandakan kenaikan gaji suami yang lebih dari cukup membayar duit kereta. Ada sesuatu yang DIA mahu saya kongsi tentang istimewanya kita sebagai khalifah. Berniat agar kita sentiasa puji dan agongkan hanya DIA. Lahaulawalaquwwataillabillah... Buat yang membaca, terima kasih. Sudikanlah tinggalkan 'jejak' (komen), sebagai tanda, salam kasih dan perkenalan. Moga dengannya, berpaut hubungan atas dasar ilmu yang berharap rahmat, lingkungan kasihNya, Ar Rahman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.