Seminar Perkongsian“Keajaiban Berserah Meneroka Kehebatan Manusia Sebagai Khalifah”

Bagaimana Tercetusnya Niat Mengadakan Seminar Perkongsian “Keajaiban Berserah”?

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah atas kurniaNya.

Mengimbas keinginan berhenti kerja dahulu, rupa-rupanya membuka seluas-luas kefahaman, ilmuNya. Menjawab banyak persoalan dalam diri.

Jika TIGA(3) persolan ini, pernah menerpa dalam diri, jom daftar seminar untuk sama berkongsi.

Di saat kita sedang sibuk bekerja, mencari duit, mencari rezeki, di saat itu jiwa bergoncang memikirkan keadaan diri sendiri, keluarga dan masa depan yang belum pasti.

Ingin sekali mendekatkan diri pada ALLAH, tetapi tak tahu jalan, tak tahu cara. Amal ibadat sudah dilakukan. Namun masih rasa kosong. Masa pula bagai terlalu suntuk, solat jadi tergesa kerana hidup begitu padat dengan urusan dunia.

Semakin “dicari”, semakin terasa beban di hati, dibibir terungkap kata redha, namun seakan berputus asa.

SATU (1)- “Bagaimana Ya Allah? Aku ada keinginan nak kaya, nak senang, nak bantu orang. Dalam masa yang sama ada keinginan hati ingin nak RASA kedekatanMu. Tapi macamana? Aku tak mampu buat serentak?”

Syahadah (penyaksian) dari kisah Nabi Sulaiman a.s

“Bertafakur menyaksi Ilah, untuk SEMINAR MENGAJAK, ‘RAJA’ YANG KAYA, mahupun USAHAWAN atau SESIAPA SAHAJA, yang sedang MAHU MEMBINA KEKAYAAN agar menuju kepada ilmu penyaksian lailahaillAllah, lalu tersingkap kisah kerajaan Sultan/ Raja, Nabi Sulaiman a.s.”

“Kayanya baginda a.s diredhai, lalu menguasai segala makhluk, ghaib dan nyata, hanya setelah benar menyaksi.”

“Syahadah lailahaillAllah, mengajar Nabi Sulaiman alaihissalam yang mulanya ter’ilah’ kan kudanya, lalu tergeletak dikerusinya (jatuh sakit) ditegur ALLAH.”

“Kefahaman itu akhirnya membuatkan baginda a.s akur, lalu meminta untuk dikabulkan ALLAH”,

Surah saad ayat 35, “Wahai ROBB ku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah KERAJAAN (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa melimpah kurniaNya “,

DUA(2) – “Bagaimana mahu “menukar”dunia kepada zikrullah (ingatan kepada ALLAH)? Mengingati ALLAH hati menjadi tenang. Ingat ALLAH tidak pernah zalim!”

Ilmu syahadah lailahaillAllah, ilmu rukun Islam pertama,

Yang 13 tahun didakwahkan Nabi Mulia ﷺ,

Dengannya membuka keinginan untuk berkongsi RAHSIA,

Agar bersama merasa DIA lah segalanya

3. Kepada yang GEMARKAN KUASA IMAGINASI POSITIF, atau suka pada “Law of Attraction”, namun tertanya kenapa berimaginasi tetapi tak pernah jadi? Anda perlu baca pengalaman perkongsian ini.

Di satu masa, di saat keinginan berhenti kerja telah benar saya iktikadkan, lalu terfikir, bagaimana mahu notis hanya sebulan.

Semasa duduk dalam kereta, dalam beg sudah terisi surat untuk berhenti kerja. Meminta pada ALLAH agar dimudahkan urusan, lalu DIA membuka jalan. Datang **RASA doa dikabulkan melalui imaginasi yang DIA juga gerakkan.

** RASA dimaksudkan = mudah difahami bagi yang telah membaca buku (Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA)

Saat berimaginasi, (sambil minta padaNYA), apa yang saya bayangkan, situasi notis yang sepatutnya 3bulan, diterima majikan dengan mudah untuk hanya 1 bulan, tanpa sebarang penolakan.

Alhamdulillah, ALLAH mengatur perjalanan cerita penuh hikmah. Notis sebulan diterima. Segala diimaginasikan, satu-satu DIA pertontonkan. Namun, hampir masa sebulan sedang siap-siap berkemas barang, saya mendapat panggilan dari HQ, untuk pengesahan pemberhentian. Lalu dikhabarkan, gaji bulan terakhir itu tidak diberikan.

Saya terdiam, agak terkejut, kerana tak terfikir! Tak terfikir untuk berdoa tentang gaji, apatah lagi untuk berimaginasi, di saat RASA seluas-luas pintu doa waktu itu, dikabulkan. Namun saya terima dengan redha.

Dalam redha saya bertanya ALLAH, mengadu padaNya, saya katakan saya tak terfikir, tak berdaya untuk berfikir/berimaginasi sedalam itu. Namun berhenti tetap berhenti kerana ada sesuatu desakan dalam diri yang DIA mahu saya cari.

Alhamdulillah, kini saya temui. Ilmu yang saya takkan berpaling lagi. Ilmu syahadah LailahaillAllah, yang dengannya memberi jawapan persoalan setelah berimaginasi, yang saya tanya padaNYA, “Ya Allah, aku tak mampu fikir, setiap satu secara terperinci?..”

Dalam DIA membuka seluas-luas pintu untuk mengkabulkan, dilupakan saya untuk berimaginasi tentang tetap terima gaji di akhir bulan. Penuh berhikmah ALLAH menegur. Rupanya, ada sebab mengapa DIA membuatkan saya tak terfikir.

Yang kini membuatkan saya tersenyum dengan teguranNya itu. TeguranNya, yang perlu saya sampaikan kepada sesiapa yang suka positif berimaginasi.

Keajaiban berimaginasi sebenar adalah apabila kita berimaginasi sambil menyerah penuh menyaksi. Bukan hanya berdoa tetapi masih ada sedikit, ‘mengilahkan diri’. Keajaiban berserah yang perlu ada dalamnya pengertian, kefahaman, praktikal ilmu penyaksian dan ilmu kalimah lailahaillAllah.

Di saat bangga melihat barat yang suka mengkaji, ilmu motivasi, ilmu otak kanan, keajabian otak tengah dan pelbagai lagi, di situ ALLAH menegur, kerana DIA mahu memberi. Seolah terpukul diri dengan kalam **RASA, “AKU tak pernah kah? mengajar pada nabi!?”

Surah Anbiya, ayat 25 ALLAH berfirman, “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad sollallahualaihiwasalam) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan (tentang ILAH, segala intipati, rahsia, keajaiban, maksud, ilmu kefahaman) kepadanya, “Bahawa sesungguhnya tiada ILAH melainkan AKU, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu.”

Keajaiban berserah bukan berserah kosong. Keajaiban berserah perlu menyaksi dengan ilmu kalimah LailahaillAllah. Sebagaimana rukun Islam pertama, yang Nabi Mulia ﷺ dakwahkan,

“Aku bersaksi/menyaksi bahawa tiada Ilah melainkan ALLAH, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ Rasul ALLAH”

Jika pembaca ingin mengisi diri dengan keilmuan sebegini, semua persoalan ini, perlu saya kongsikan RAHSIA FORMULAnya terlebih dahulu, secara asas dalam,

Seminar Perkongsian Siri 1

Seminar Perkongsian“Keajaiban Berserah Meneroka Kehebatan Manusia Sebagai Khalifah”

Firman ALLAH,“Kemudian DIA menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang sedikit dipandang orang Kemudian DIA menyempurnakannya dan meniupkan kepadanya roh (ciptaan)Nya dan DIA menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersykur”- Surah As-sajdah ayat 8-9

Jom daftar di sini