amalan menjemput rezeki

Rezeki perlu dicari atau tak? Kisah buah anggur mengejutkan jawapan

Jom Share artikel ini dengan niat anda turut mendapat kurnia dariNYA

Bismillah hirrohmanirrohim. Demi kasih ALLAH dan kerinduan Rasulullah ﷺ buat umat baginda, hamba memulakan ‘pena’ berbicara.

Zaman sekarang ini rata-rata kita semua sibuk mencari REZEKI. Masa 24 jam sehari, mungkin separuh hari kita gunakan untuk mencari REZEKI, atau paling tidak 8 jam sehari. Mana tidaknya, keperluan sekarang ini semua perlukan duit. Walaupun duit bukan yang utama tetapi kalau tiada duit, semua tak menjadi. Tidak keterlaluan untuk hamba katakan, Nak buang air pun perlu duit. Setuju bukan?

Namun artikel kali ini, hamba nak berkongsi sesuatu yang mengejutkan. Hamba tidak berkongsi kosong, hamba kongsi dengan keyakinan ILMU. Hamba tidak kisah kalau sukar dipercaya, tetapi hamba tak kira, hamba nak kongsi juga, kerana kebenaran yang hamba nak kongsi ini, telah berlaku pada zaman ulamak terdahulu.

Mungkin ada yang pernah baca cerita ini, tetapi hamba pasti 99% dari yang pernah mendengar, mahupun membaca tidak mengetahui mengapa Imam Malik berdebat yang rezeki tidak perlu dicari.

Bila hamba dah lalui sendiri, hamba dah yakin, ALLAH tunjukkan keajaibannya dan bertambah yakin untuk berkongsi bila hamba sudah temui mursyid, awliya ALLAH yang mengajar hamba, yang bertalian sanad dengan Rasulullah Sollallahualaihiwasalam.

Hamba cakap kat ALLAH, walaupun hamba masih belajar, terus belajar abadan abada, namun demi kasih kepada umat sekarang tangan ini akan mula berkongsi.

Baiklah, izinkan hamba mulakan dengan soalan.

Apa pendapat anda tentang cara nak dapat Rezeki? Pilih jawapan anda,

1) Mencari rezeki berusaha sungguh-sungguh, atau

2) Hanya BERTAWAKAL YANG BENAR, serah bulat pada ALLAH tanpa perlu terlalu bersusah payah?

Mana pilihan anda, (1) atau (2)?

Hamba yakin pada kebiasaan kita akan memilih jawapan (1). Setuju? Itu logik akal kita yang telah dididik dari kita lahir kita hingga ke hari ini. Diri kita sudah dididik oleh Yahudi (semasa Tanah Melayu dijajah) untuk belajar di sekolah, peperiksaaan, usaha hingga berjaya, pilih bidang untuk sambung belajar ke univeristi, sebab perlu kerja untuk mendapatkan rezeki untuk kesenangan masa depan.

Mudah kata, kita kerja untuk kehidupan dunia dan sedikitnya kita sedekah untuk mengambil barakah dan berzakat. Itulah, 98% dari apa yang berlaku secara normal bagi setiap orang Islam di Malaysia ini? Termasuklah diri hamba.

Jadi keajaiban kisah artikel kali ini, hamba ingin mengajak pembaca kepada kebenaran pilihan jawapan (2)?

Beriman, bertakwa, serah bulat pada ALLAH tentang rezeki kita kerana DIALAH, arRazzaq yang memberi REZEKI, yang ALLAH sudah pun tentukan buat kita, bahkan ALLAH janji untuk tambah nikmat jika kita bersyukur.

Hamba yakin, anda tak boleh nak terima apa yang dituliskan ini. Sabar. Teruskan baca kisah ulamak di bawah ini, kemudian hamba akan sambung kupas. Jom baca dahulu kisah buah anggur.

Guru & Murid Tertawa Kerana Berbeza Pendapat Tentang Rezeki. Apa sebenarnya kefahaman Imam Malik yang belum diperolehi oleh Imam Syafie, yang pada waktu itu masih menjadi murid kepada Imam Malik?

Imam Malik (guru Imam as Syafie) dalam majlis menyampaikan:
“Sesungguhnya rezeki itu datang TANPA SEBAB, cukup dengan tawakal yang benar kepada ALLAH nescaya Allah akan memberikan rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya.”

Sementara Imam Syafie (sang murid):
“Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki?”
Guru dan murid masing-masing mempertahankan pada pendapat mereka.

Suatu saat sewaktu meninggalkan pondok, Imam Syafie melihat serombongan manusia sedang memetik anggur. Dia pun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafie mendapat upah beberapa ikat anggur sebagai balasan.

Imam Syafie gembira, bukan kerana mendapat anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tidak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia (Imam Syafie) tidak membantu memetik, nescaya dia tidak akan mendapatkan anggur.

Baca Perhati kisah bicara mereka ini

Bergegas dia (Imam Syafie) menjumpai Imam Malik sang guru. Sambil menghidangkan seluruh anggur yang didapatkannya, lalu dia (Imam Syafie) bercerita. Imam Syafie sedikit menegaskan bahagian kata-katanya, “Seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memetiknya), tentu sahaja anggur ini tidak akan pernah sampai di tangan saya.”

Mendengar itu Imam Malik tersenyum, lalu mengambil anggur dan memakannya. Imam Malik berucap pelahan.

Seharian di hari ini aku memang tidak keluar pondok, hanya mengambil tugas sebagai guru, (beliau tidak mengambil upah sebagai guru) dan SEDIKIT BERFIKIR alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini AKU BISA MENIKMATI ANGGUR. Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakal yang benar kepada ALLAH nescaya ALLAH akan berikan rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan ALLAH yang mengurus lainnya.”

Guru dan Murid itu kemudian tertawa. Dari kisah ini, ada yang membuat kesimpulan mengatakan dua Imam mazhab ini berbeza pendapat.

Namun sebenarnya, bukan mereka berbeza pendapat.

Mari hamba kupaskan.

Tafakur! Sewaktu kisah ini berlaku, perlu kita SEDAR yang sewaktu itu, Imam Syafie adalah murid kepada Imam Malik. Sebenarnya ada kefahaman ilmu pada Tuan Guru (Imam Malik) yang belum diperolehi oleh sang murid (Imam Syafie) sewaktu dia hendak mempertahankan pendapat nya (rezeki perlu diusahakan).

Dengar, BACA semula kata Imam Malik,
Cukup dengan tawakal yang benar kepada ALLAH nescaya ALLAH akan berikan rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan ALLAH yang mengurus lainnya.

Apakah ilmu bagi, TAWAKAL YANG BENAR? Apakah maksud “lakukan yang menjadi bahagianmu?” yang dengannya ALLAH akan mengurus yang lain? Sangat HEBAT ilmu ALLAH.

Hanya dengan Imam Malik terdetik hati, terfikir nak makan buah anggur lalu ALLAH, mengabulkan hajatnya dengan mendatangkan buah anggur melalui makhlukNYA. Tanpa Imam Malik mengusahakannya sunguh-sungguh. Hanya dengan tawakal dan melakukan bahagian mu.

Tafakur ” tawakal yang benar, lakukan bahagian mu”

Apakah “bahagian mu” yang dimaksudkan Imam Malik? Ya ALLAH sangat besar jawapan itu, yang kita umat Nabi Muhammad ﷺ ramai tidak tahu, yang kita telah tanpa sedar meninggalkannya.

Apa sebenarnya yang ALLAH nak, apa sebenarnya keinginan ALLAH, bila ALLAH ciptakan kita? Apa keinginan ALLAH terhadap kita masa ALLAH ciptakan kita? Apa perjanjian kita dengan ALLAH masa di alam roh dahulu?

Panjang kalau saya sertakan ayat alQuran di sini. Semua saya dah tuliskan dalam buku bertajuk “Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA”.

Ringkasnya, ALLAH nak kita kenal DIA dengan penyaksian. Kita kena Kenal ALLAH dengan sebenar-benar kenal.

Bukan hanya tahu maksud Nama-Nama ALLAH. Contohnya, kita tahu arrazzaq maksudnya Yang Maha Pemberi Rezeki. Itu terjemah maksud ke dalam bahasa Melayu. KENAL tak sama dengan TAHU. Kenal ALLAH arRazzaq yang memberi rezeki, bermakna Kenal bagaimana arRazzaq memberi REZEKI, sehingga benar sampai kepada kita.

Nak Kenal ALLAH perlu dengan Ilmu ALLAH. Ada ilmu baru yakin. Ilmu apa yang ALLAH perintahkan kita belajar? Ada ALLAH firmankan dalam alQuran, Surah Muhammadﷺ ayat 19, “Fa’lam annahu LailahaillALLAH”, Fa’lam (kata perintah bermaksud Pelajarilah, jadi nak ketahui perlu pelajari). “Pelajarilah sesungguhnya LailahaillALLAH…”

Mengapa saya tidak tahu tentang Ilmu syahadah LailahaillALLAH?

Ilmu syahadah LailahaillALLAH, adalah ilmu amalan rukun Islam Pertama. Jika solat ada ilmu dan amalan, puasa ada ilmu dan amalan, begitu juga zakat dan haji penuh amalan, jadi FIKIR, Rukun Islam Pertama, tiada ilmu dan amalan kah?

Apa ilmu dan amalannya? Amalannya adalah syahadah. Syahadah dalam bahasa Arab, manakala dalam bahasa Melayu diterjemah sebagai penyaksian. Senang sahaja, tengok pada kalimah syahadah, Rukun Islam Pertama, ” Aku BERSAKSI bahawa LailahaillALLAH….”

Jadi amalannya, kita sekarang umat Islam kena BERSAKSI LailahaillALLAH bukan mengucap LailahaillALLLAH.

Dengan ilmu syahadah LailahaillALLAH (ilmu penyaksian) membuatkan ingatan kita 24 jam sentiasa bersama ALLAH. Kita belum tahu The Power of INGATAN kepada ALLAH!

Ketahuilah ilmu syahadah LailahailALLAH adalah ilmu yang Rasulullah ﷺ ajar selama 13 tahun lamanya sebelum turun perintah solat. (Kajilah sejarah) Ilmu yang sangat membuatkan orang kafir mencemburui dan memfitnah Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasalam. Ada saya kongsi di dalam artikel ini.)

Ilmu syahadah LailahaillALLAH yang dengannya Rasulullah ﷺ ajak sahabat beriman kepada ALLAH hingga sahabat di zaman Jahiliyah bertukar beradab, berjaya, mereka menang peperangan Badar, walau ketika itu bilangan mereka kecil, serba kekurangan peralatan namun banyak keajaiban berlaku. (Bacalah sejarah) Sangat manis.

DAN…

Begitulah tersiratnya Kefahaman ilmu syahadah LailahaillALLAH yang membawa ingatan 24 jam kepada ALLAH, (The Power of Ingatan kepada ALLAH) membuatkan Imam Malik hanya terdetik di hati, lalu buah anggur itu ALLAH datangkan melalui muridnya.

Nikmat tenang merasai kedekatanNYA. Bukan 24 jam susah payah kerja mencari rezeki hingga kita menzalimi diri sendiri!

Kita penat kita stress, apatah lagi rezeki diusahakan tak dapat. Kita marah. Susah hati. Maha Suci ALLAH. ALLAH tak pernah zalim.

Kita yang mungkir janji dengan ALLAH.

Kita dah janji dengan ALLAH kita nak menyaksi (bersyahadah) masa di alam roh dulu. (Rujuk surah Al a’raf 172) Bila kita janji nak menyaksi (syahadah), yang lain urusan kita, ALLAH uruskan.

Kalau kita nak rezeki, ALLAH boleh tentukan rezeki dengan mudah ia datang. Mudah kata, kita tak rasa stress bila kita rasa nak sesuatu dan kalau tiada rezeki pun, kita tak stress. Sebab kita sedang MENYAKSI (bersyahadah).

Betapa besar mukjizat ilmu syahadah LailahaillALLAH membawa ingatan kepada ALLAH. Betapa ALLAH suka kita ingat ALLAH. Namun sedihnya ilmu nak ingat ALLAH, ilmu syahadah LailahaillALLAH inilah yang terhalang dari kita mempelajarinya.

Kita ditakutkan oleh musuh ALLAH.

Musuh utama iblis, syaitan, akan menakutkan kita, bila kita nak belajar. Mereka akan bisikkan kata tak pernah dengar, sesat dan sebagainya.

Fikirlah, INGAT ALLAH, sesatkah? Astaghfirullah. Nanti habis baca, di akhir artikel, tengok petikan video saya kongsi di bawah, kata-kata awliya ALLAH, Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir alJailani qsa, yang punya karamah sangat hebat. The power of Ingatan kepada ALLAH.

Bila kita benar faham, kita akan tahu, dan membenarkan, mengapa Imam Malik hanya terdetik, terfikir nak makan buah anggur, lalu buah anggur sampai kepada beliau.

Boleh dapatkan dan baca perkongsian hamba tentang pengalaman keajaiban kerohanian, sehingga menjawab tentang yang dicari rupanya adalah ilmu syahadah LailahaillALLAH, yang semuanya punya sanad sehingga kepada Rasulullah Sollallahualaihiwasalam ﷺ bertajuk buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA,

Kalau saya nak kerja teruskan seperti biasa, salahkah?

Tidak salah untuk bekerja, harus asalkan jangan sampai menzalimi diri sendiri. Namun, ingatan terakhir dari hamba, Dajjal akan datang, perang dunia ketiga hampir akan berlaku, jika anda tidak kisah diri anda mungkin tidak mengapa, tetapi kasihanilah anak-anak anda, generasi baru, yang perlu diajar ilmu ALLAH ini.

Bila perang dunia ketiga berlaku, dunia hancur, bila Dajjal datang, dunia kemarau, waktu itu duit dah tak guna, nak beli apa kalau dunia kemarau? Jadi nak makan apa waktu itu untuk anak kecil kamu? Adakah hendak menjual Islam kamu kepada Dajal untuk mendapat makan?

Jika sekarang kamu dalam kesusahan, kekurangan rezeki, kecelaruan jiwa, keluarga punah, hati tidak tenang, sekurang-kurangnya tanamlah, NIAT dari sekarang, untuk belajar ilmu syahadah LailahaillALLAH sebagaimana yang Rasulullahﷺ ajar pada para sahabat.

Kalau belum ada masa nak belajar, Infaklah rezeki kamu untuk mereka yang belum ada kemampuan namun bersedia mahu belajar ke jalan ini.

Moga ALLAH menggantikan infak kamu dengan sebaik-baik balasan rezeki, memberi berkah, menurukan rahmah memberi petunjuk kemanisan iman sebenar atas dasar ilmu LailahaillALLAH sebagaimana telah diwahyukan kepada Rasulullah ﷺ yang akhirnya anda berjaya menukar pilihan (1) berusaha mencari rezeki kepada pilihan (2) bertawakal yang sebenar, bulat kepada ALLAH .

Nak kerja-kerja lah, alhamdulillah, tidak salah membangunkan ekonomi tetapi tidak sampai stress menzalimi diri dan keluarga.

Klik untuk infak, layari http://www.nurulaein.com/infakbersamamrbk/

Ya ALLAH Ya Rasulullah ﷺ yang sentiasa dalam syahadah, “Asyhadu an Lailaha illALLAH, waasyhadu anna MuhammadarRosulullahﷺ” hamba sudah sampaikan. Hamba serahkan pada ALLAH, atas bahagian kecil usaha ini dengan qudratNYA, hanya ALLAH jua yang mengetahui kepada siapa yang hendak disampaikanNYA tentang ini. Lahaulawalaquwwataillabillah.

Saksikan video singkat dari hamba, tentang kesedaran “Kesedaran the Power of Ingatan kepada ALLAH.” Moga bermanfaat. Amin.

Subscribe youtube:Nurul Aein

Hanya ALLAH yang layak memberi BALASAN kepada hamba NYA yang menginfak, membawa manusia mengingati ALLAH. Semoga kasih sayang dan rahmat ALLAH dan kerinduan baginda Rasulullahﷺ bertaut di hati anda
http://www.nurulaein.com/infakbersamamrbk/

About aein

Alhamdulillah.. Blog ini ditulis untuk berkongsi tarbiah diri buat diri sendiri. Asalnya dahulu saya seorang pensyarah, namun berhenti setelah istikharah dan mendapat gerak kuat dariNya. Mengadu pada Nya, jika begitu kehendakNya, bagaimana nak bayar duit kereta? Lalu ALLAH menggandakan kenaikan gaji suami yang lebih dari cukup membayar duit kereta. Ada sesuatu yang DIA mahu saya kongsi tentang istimewanya kita sebagai khalifah. Berniat agar kita sentiasa puji dan agongkan hanya DIA. Lahaulawalaquwwataillabillah... Buat yang membaca, terima kasih. Sudikanlah tinggalkan 'jejak' (komen), sebagai tanda, salam kasih dan perkenalan. Moga dengannya, berpaut hubungan atas dasar ilmu yang berharap rahmat, lingkungan kasihNya, Ar Rahman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.