kalimah lailahaillallah, syahadah lailahaillallah, Umum

Pentingnya Ahlul Bayt untuk mengharungi dunia akhir zaman

Bismillahhirrohmanirrohim

Ya Salam Ya Allah,

Masih ingatkah artikel sebelum ini berkenaan “Berjaga-jaga fahaman wahabi..” yang terkandung di dalamnya, hadis berkenaan 2 bekal berat yang Rasulullah Sollallahualaihiwasalam tinggalkan untuk umatnya? Sewaktu itu Rasulullah صلى الله عليه و سلم sudah maklum, baginda akan menyahut seruanNya. Mari kita imbas semula.

Amanat Rasulullah صلى الله عليه و سلم Yang Harus Kita Pegang Teguh

Hadis Sahih Muslim, Zaid bin Arqam berkata Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda,

“Amma ba’du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba ALLAH. Utusan Robbku (Malaikat maut) hampir tibadan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah (al-Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka amalkan dan berpeganglah padanya dan Ahlul-Baitku. Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku.”, hadis sahih riwayat Muslim.

Apa ada pada ahlul bait? Siapakah ahlul bait sebenarnya?

Tiba-tiba saya teringat, kata-kata orang jahil tetapi ingin menunjuk pandai tentang perkataan ahlul bayt. Apatah lagi dia menggunakan nama mufti, berfahaman wahabi untuk menegakkan kata-katanya. Berani sungguh menyebut, ahlul bayt itu syiah? Astaghfirullah.

sheikh ismail kassim tidak sesat

Namun rasa geram itu saya tahan.

Teringat bait kata Imam AsSyafie. Yang antara maksudnya, diam lebih baik. Tak perlu berbahas dengan orang yang “bodoh sombong.” Maaf! Mungkin keras perkataan “bodoh sombong” saya gunakan, dalam tulisan ini. Namun saya belum jumpa perkataan yang sesuai untuk itu. Jika pembaca ada perkataan yang sama maksud, sila komen, maklumkan.

Cumanya, bagi yang tak faham, tak pernah dengar tentang ahlul bayt, bertanyalah pada yang tahu. Jika tak tahu, buat cara tak tahu. Jangan bersuara, umpama menconteng arang ke muka sendiri.

Pada waktu itu, saya hanya menunjukkan secebis ayat al-Quran, yang ada ALLAH sebut perkataan ahlul bayt di dalamnya.  Surah Al ahzab ayat 33,sheikh ismail ahlul bayt, ahlu bait

“…..Sesungguhnya Allah hendak menghapus segala noda dan kotoran (dosa) dari
kalian Ahlul Bait dan hendak menyucikan kalian sesuci-sucinya. (dari dosa syirik)”

Ahlul bayt sebenar adalah darah daging Rasulullah Sollallahualaihiwasalam dan yang berterusan memperjuangkan, menyebarkan syahadah rukun islam pertama. Tolong fikir, kekejaman yang berlaku kepada para sahabat Nabi Mulia, Saidina Uthman radhiyallahuanhu, pembunuhan Saidina Umar radhiyallahuanhu.

Semak sejarah, pembunuhan cucu baginda iaitu Saidina Hussien radhiyallahuanhu. Mengapa dibunuh? Mereka bukan sahaja difitnah, dihina, malah dibunuh kerana memperjuangkan syahadah ilmu amalan rukun Islam Pertama. Namun mereka tetap memperjuangkannya, kerana sayangkan umat, dek tidak tertanggung ‘mendengar’ kesedihan Nabi Mulia صلى الله عليه و سلم . “Ummati.. ummati”

Namun itulah Sunnatullah. Setiap para Rasul Allah yang menerima wahyu berkenaan LailahaillAllah, (rujuk Surah anbiya’ ayat 25) dan kemudian mereka sememangnya akan difitnah dalam usaha menyebarkannya.

Mana tidaknya, Ilmu lailahaillALLAH satu-satunya ilmu diperintah Allah, dalam al-Quran, agar kita pelajarinya.

“Fa’lam annahu LailahaillALLAH”, Surah Muhammad صلى الله عليه و سلم, ayat 19. Ilmu yang penuh mukjizat untuk bekalan kita, terutamanya umat akhir zaman.

Hadis-hadis berkaitan Ahlul Bayt

Di saat ini, ingin saya kongsikan 2 (dua) hadis berkaitan ahlul bayt. Bacalah dengan kejernihan hati, untuk menyelamatkan diri kamu dan anak-anak dan keluarga kamu, tatkala dunia masuk ke fasa akhir zaman.

Sebuah hadis riwayat Al Hakim dan disahihkan Bukhari & Muslim,
“Bintang-bintang merupakan (sarana) keselamatan bagi penghuni bumi (yang sedang berlayar) dari bahaya tenggelam / karam sedangkan Ahlul-Baitku sarana keselamatan bagi umatku dari perselisihan (dalam agama). Bila ada satu kabilah Arab yang membelakangi ahlul-baitku, mereka akan berselisih kemudian menjadi kelompok Iblis”.

Al Hakim meriwayatkan telah menceritakan kepada kami seorang faqih dari Ray Abu Bakar Muhammad bin Husain bin Muslim, yang mendengar dari Muhammad bin Ayub yang mendengar dari Yahya bin Mughirah al Sa’di yang mendengar dari Jarir bin Abdul Hamid dari Hasan bin Abdullah An Nakha’i dari Muslim bin Shubayh dari Zaid bin Arqam yang berkata bahawa Rasulullah bersabda,

“Kutinggalkan kepadamu dua peninggalan (As-thaqalain), kitabAllah dan Ahlul BaitKu. Sesungguhnya keduanya TAK AKAN BERPISAH, sampai keduanya kembali kepadaKu di Al Haudh (telaga Kauthar)”,
Al Hakim menyatakan dalam Al Mustadrak As-Sahihain bahawa sanad hadis ini sahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim.

Ringkasnya, fikirkanlah, apa bekalan kita di saat Dajal hadir nanti?

persediaan akhir zaman, ilmu mukjizat alquran

Sememangnya ada hadisnya yang Rasulullah  صلى الله عليه و سلم menyebutkan tentang zikir tertentu, yang menjadi makanan di saat itu. (hadisnya akan saya kongsikan, pada artikel lain). Namun, adakah zikir Subhanallah, LailhaillALLAH itu dibaca kosong tanpa ilmu? Semua ilmu ada dalam lautan ilmu LailahaillALLAH, yang diperjuangkan ahlul bayt.

Dari hadis-hadis penceritaan, berkaitan kemunculan Imam Mahdi pula,  pernahkah kita terfikir, keadaan dunia dan diri kita sewaktu itu. Apakah ‘senjata’ kita ada, di saat keadaan getir berlaku? Sudah bersediakah dengan ilmuNYA?

Tiba-tiba teringat kata seorang guru saya.

Cuba perhatikan huruf (hijaiyah) apa ada pada keris Melayu” dan juga pada pedang ini..

ilmu alquran, mukjizat hijaiyah
imej pedang zulfaqar

Cuba perhatikan cerita Mat salleh, The Thor, dengan huruf (jawi hijaiyah) huruf tho.”

mukjizat alquran, huruf hijaiyah

Begitulah kata-kata ringkas seorang guru, perlu tafakur. Tersenyum saya mengenangkannya. Semua punya energiNya luar biasa.

Ilmu Allah, al-quran dan ilmu kalimah LailahaillAllah yang sangat besar, diwahyukan oleh Allah bermula dari Nabi Adam alahissalam.

Namun sayangnya, yang belum faham, telah termakan akan fitnah bisikan oleh musuh Allah yang ghaib dan nyata, disebabkan kejahilan dan kesombongan mereka. ” Al-Quran dan itrah ahlul baitku..”, 2 bekal berat ditinggalkan Nabi Mulia untuk kita umat akhir zaman.

Berbuat baiklah kepada keturunan, keluarga baginda صلى الله عليه و سلم. Sebagai umat baginda, di ketika ini, sesungguhnya cinta kepada Rasulullah sollallahualaihiwasalam akan terputus tanpa kita cinta kepada ahlulbait (keturunan) baginda.

cinta rasul allah, sheikh ismail kassim tidak sesat

Apa benarnya kata tulisan ini? Jawapnnya, tanya hati kamu sekarang ini, adakah kamu sedang merindui baginda nabi Mulia? Tepuk dada selami qalbu mu. Jika tidak mengerti, perjatikan lafza selawat yang wajib kita baca, di waktu tahiyat akhir, ketika solat. Kepada siapa selawat itu?

 

Jika ingin ketahui pentingnya ahlul bayt, di akhirat kelak? Bacalah buku menyaksi rahsia bicara kasihNYA, ada dikongsikan pada bahagian 7, buku tersebut. Amin.. Wassalam

2 thoughts on “Pentingnya Ahlul Bayt untuk mengharungi dunia akhir zaman”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge