Nurul Aein, Is Your Inspiritual Motivator

Jom Share artikel ini dengan niat anda turut mendapat kurnia dariNYA

Nurul Aein, suka mengajak masyarakat untuk “BERFIKIR DI LUAR AKAL BIASA” untuk menjadi LUAR BIASA, BERJAYA secara selari di dunia dan akhirat. Antaranya, beliau suka dan cinta untuk menyebarkan tentang pentingnya kesedaran dari dalam diri untuk mengingati ALLAH 24 jam sehari, dan di samping berkongsi pengalaman (sebagai inspirasi) tentang keajaiban berserah untuk membangkitkan, rahsia kehebatan manusia sebagai hambaNYA.

Bermula dengan Ijazah Sarjana Muda, Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor dan kini telah memperolehi, Sarjana Sains (Sains Komputer) pada 2011 dari Universiti Teknologi Mara, Malaysia.

Berpengalaman sebagai pensyarah selama 9 tahun di College (MSU) Shah Alam, Management and Science University Colleges dan juga sebagai inspiritual motivator mengendalikan kursus, bengkel, seminar di sekolah-sekolah, sektor awam, swasta, NGO dan kepada masyarakat secara umum.

Sekarang beliau merupakan Director Arrafeiq Energy. Menerbitkan buku beliau  sendiri bertajuk Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA – Menyelongkar Kehebatan Manusia Sebagai Khalifah.

Kini aktif sebagai Inspiritual Motivator & Professional Learning Facilitator (PLF), yang mana mengendalikan program latihan, berkaitan kepentingan mengenal dan mengingati ALLAH melalui rukun Islam pertama sebagai motivasi, penyelesaian masalah dan pembangunan kendiri bagi pelbagai lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa.

About aein

Alhamdulillah.. Blog ini ditulis untuk berkongsi tarbiah diri buat diri sendiri. Asalnya dahulu saya seorang pensyarah, namun berhenti setelah istikharah dan mendapat gerak kuat dariNya. Mengadu pada Nya, jika begitu kehendakNya, bagaimana nak bayar duit kereta? Lalu ALLAH menggandakan kenaikan gaji suami yang lebih dari cukup membayar duit kereta. Ada sesuatu yang DIA mahu saya kongsi tentang istimewanya kita sebagai khalifah. Berniat agar kita sentiasa puji dan agongkan hanya DIA. Lahaulawalaquwwataillabillah... Buat yang membaca, terima kasih. Sudikanlah tinggalkan 'jejak' (komen), sebagai tanda, salam kasih dan perkenalan. Moga dengannya, berpaut hubungan atas dasar ilmu yang berharap rahmat, lingkungan kasihNya, Ar Rahman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

shares