kisah para rasul dan nabi, syahadah lailahaillallah

Kisah Nabi Ibrahim dan Keajaiban tentang Syahadah (Penyaksian)

rahsia bicara kasihnya

Ya Salam Ya Allah

Penyerahan kepada ALLAH ada di dalamnya penyaksian ILah (Syahadah ILah). ILAH yang terkandung dalam kalimah La ILAHa illALLAH.  Kalimah Lailahaillalllah pula terkandung dalam kalimah syahadah (rukun islam pertama), bermaksud “Aku bersaksi bahawa tiada Illah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah”

kalimah syahadah rukun islam pertama

Begitulah antara di sebalik, intipati keajaiban syahadah, yang berlaku kepada Nabi Ibrahim as. ketika mana api yang panas bertukar menjadi dingin. Syahadah dari perkataan Arab bermaksud BERSAKSI yang berterusan 24jam sehari, yang tidak boleh putus. (Ilmu dan amalan bagi rukun Islam Pertama)

*****

Setiap para Rasul ALLAH diutus untuk menyebarkan tentang Lailahaillallah. Setiap para Rasul yang menyebarkan Lailahaillallah, mereka juga diajar akan ilmuNya.

Rujuk, surah Anbiya’ ayat 25, ALLAH berfirman, “Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan (segala intipati, rahsia, keajaiban, maksud, ilmu kefahamanNya) kepadanya, “Bahawa sesungguhnya tiada ILAH melainkan AKU, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu”

Mana mungkin para Rasul Allah, mengajak kepada kalimah La ILAHa illALLAH sedang mereka tidak faham, tidak pelajari, tidak diperlihatkan akan kedahsyatan, keajaiban kalimah iman itu.

kalimah Allah di langit keajaiban syahadah

Ketika mana Nabi Ibrahim as dibakar api, lalu Nabi Ibrahim a.s menyerah kepada ALLAH. Menyerah bukan kosong, menyerah hanya mengharap ALLAH sebagai penolong,  percaya (beriman) kepada ALLAH di waktu itu, bukan di mulut dengan berkata “Kami beriman….”, malah beriman (percaya) kepada Allah wajib dengan ilmuNya. ALLAH menolak iman bagi yang hanya dengan berkata.. Rujuk Al Baqarah ayat 8.

Jadinya, Nabi Ibrahim as, menyerah sambil menyaksi ILAH (syahadah), dari Ilmu ALLAH yang diperintahkan agar kita mempelajarinya. Fa’lam annahu laailahaillallah QS[47:19] yang mana setiap Rasul telah diwahyukan (tentang intipati dan ilmu) kalimah iman itu. (rujuk Surah Anbiya’, ayat 25 di atas)

Syahadah, Aku bersaksi bahawa, Tiada ILAH melainkan ALLAH, dan Aku bersaksi bahawa Muhammad Rasul Allah. Kalimah iman (Kalimah Lailahaillallah) ini, yang sudah ada ditiang arasy, yang dipertontonkan kepada Nabi Adam a.s seawal-awal penciptaan baginda as.

kelebihan lailahaillallah kalimah syahadah

Baca semula sabda Rasulullah sollallahualaihiwasallam, “…segala ciptaan Allah terdiri atas kalimah ini (Lailahaillallah).

Maka menyambung semula, kisah Nabi Ibrahim a.s dengan api yang biasa sifatnya membakar(yang merupakan ciptaan ALLAH), lalu bersama  ilmu dan kefahaman penyaksian(syahadah) dari kalimah lailahaillallah yang bermaksud “Aku bersaksi tiada Ilah melainkan Allah..” oleh Nabi Ibrahim as, maka ALLAH memerintahkan, dalam Surah An biya’ ayat 69, Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! “.

Bukan KOSONG bila Rasulullah sollallahualaihiwasallam meninggalkan Al Quran buat kita, umat akhir zaman. Al Quran yang dikenali sebagai mukjizat terkandung di dalamnya kalam ALLAH. Al Quran yang suci terkandung dalam dada awliya’ ALLAH. Ditinggalkan Nabi Mulia utk kita belajar ilmuNya terutama dari ahlul baitnya. Hadis sahih yang ramai jalur sahbat meriwayatkannya.

Hadis mutawatir yang banyak jalur sahabat meriwayatkannya. (Sahih Muslim, Tirmizi, An Nasa’I, Tabrani, Musnad Ahmad, Tahawi dan lain-lain, disahihkan oleh al-Albani) – Hadis Sahih Muslim, Zaid bin Arqam berkata Rasulullahﷺ bersabda, “Amma ba’du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba ALLAH. Utusan Robbku (Malaikat maut) hampir tiba dan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah (Al Quran), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka AMALKAN dan berpeganglah padanya. Dan Ahlul-Baitku. Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku.”

Tafakurlah dengan kejernihan hati, mengapa Rasulullah sollallahualaihiwassallam mengaitkan Al Quran dengan ahlul baitnya (keturunan darah daging) baginda. Beria-ia Rasulullah sollallahualaihiwassallam mengulang-ulang sebanyak 3kali, dan mengaitkan Al Quran, ahlul bait dengan ingatan kepada ALLAH. Ingat kepada ALLAH harus berlaku 24jam (itulah antara ilmu amalan dalam syahadah, yang bermaksud Aku BERSAKSI..)

kisah para nabi, rasul Allah, syahadah rukun islam pertama keajaiban lailahaillallah
jari syahadah

Bagaimana merasakan sudah mukmin, walhal belum mampu ingat kepada ALLAH?

Dunia kini menghampiri fasa akhir zaman. Pelbagai cabaran, musibah kejadian alam, gempa bumi, bah besaar, peperangan, sudah banyak berlaku. Kedatangan Dajal sudah hampir tiba. Kedatangan Dajal yang kita tahu dari pelbagai hadis sahih, antaranya tentang kemarau berpanjangan.

Jika kita tiada ilmu iman dari kalimah Iman Lailahaillallah, adakah kita mampu bertahan dengan cabaran yang menakutkan? Jika bukan kita, bagaimana dengan anak-anak kita? Iman perlu dipasak ke dalam qalbu dengan ilmu, sedari awal!

persediaan akhir zaman, ilmu syahadah

Berzikir kosong tanpa kefahaman ilmu, akan meletihkan lidah. Zikir maksudnya Ingat. Ingat Allah melalui syahadah (ilmu penyaksian) Segala keajaiban akan berlaku. Bagaimana api yang biasanya bersifat panas, maka dengan kefahaman syahadah laailahaillallah, lalu Allah perintahkan api menjadi dingin sejuk.

Fa’lam annahu lailahaillallah, Surah Muhammad ayat 19, “Sesungguhnya pelajarilah, tiada ILah melainkan ALLAH…”

4 thoughts on “Kisah Nabi Ibrahim dan Keajaiban tentang Syahadah (Penyaksian)”

  1. Alhamdulillah…!!! Allahu ya rahman ya rahim…
    Allahhumma solli a’la Saidina Muhammad wa a’la ali Saidina Muhammad…!!!

  2. Assalamualaikum puan. Betulkah syahadah Nabi Ibrahim menyebut nama Nabi Muhammad saw sedangkan zaman Nabi Ibrahim Tu N\bi Muhammad belum lahir. Mohon p3ncerahan, sertakan dgn sumbernya. Moga puan dirahmati Allah. Tkasih. 0133377242.

    1. Waalaikumussalam tuan Hj Mohamad. Terima kasih kerana sudi bertanya 🙂 Benar kata Tn haji.. Secara jasad tubuh badan Nabi Ibrahim alaihissalam diciptakan terlebih dahulu dari Nabi Muhammad sollallahualaihiwasalam, sedangkan Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasalam kan belum lahir (secara jasad).

      Ringkasinya persoalan ini, terjawab dari segi penciptaan kita, manusia sebelum berjasad. Kalimah syahadah LailahaillALLAH Muhammadurrosulullah sudah ada di tiang arasy sejak Nabi Adam as diciptakan.
      Dalam hadis sohih Muslim, *Maysara al-Dhabbi (ra)*berkata bahawa ia bertanya pada Nabi ﷺ, “Ya RasulAllah, bilakah engkau menjadi seorang Nabi?” Baginda ﷺ menjawab, “Ketika Adam masih di antara ruh dan badannya.”
      Jawapan selanjutnya, hadis penuhnya, saya sertakan hadis di bawah ini buat tatapan tn haji, dan pembaca umunya.. insyaALLAH

      *SANAD HADITH NUR MUHAMMAD ﷺ YANG SOHIH & TIDAK PUTUS*

      Syeikh Mohd Zaidi Abdullah, murid Tuan Guru Haji Abdullah Abdur Rahman Lubok , katanya hai sifulan anak sifulan dengar dan terimalah sanad yg sohih lg tiada putus ia :- maka..

      1. Aku (yakni Syeikh Mohd Zaidi ‘Abdullah) meriwayatkan hadis ini daripada:-
      2. Syaikh kami ‘Abdullah secara sama`an dan Syaikh kami Muhammad al-Banjari, daripada;
      3. Musnid Dunya al-Fadani, (yakni Syaikh Yaasin) daripada;
      4. Muhammad ‘Ali al-Maaliki, daripada;
      5. as-Sayyid Abu Bakar Syatha al-Makki, (yakni Sidi Syatha ad-Dimyathi) daripada;
      6. Syaikhul Islam Ahmad Zaini Dahlan, daripada;
      7. Utsman bin Hasan ad-Dimyathi, daripada;
      8. al-Mujaddid ‘Abdullah asy-Syarqawi, daripada;
      9. asy-Syam Muhammad al-Hifni, daripada;
      10. ‘Abdul ‘Aziz az-Ziyaadi, daripada;
      11. asy-Syam al-Baabili, daripada;
      12. an-Najm Muhammad al-Ghoithi, daripada;
      13. al-Qadhi Zakaria al-Anshari, daripada;
      14. al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalaani, daripada;
      15. Abil Faraj ‘Abdur Rahman al-Ghazzi, daripada;
      16. Abin Nun Yunus bin Ibrahim ad-Dabus, daripada;
      17. Abil Hasan ‘Ali bin al-Muqir, daripada;
      18. Muhammad bin Nashir as-Salaami, daripada;
      19. ‘Abdul Wahhab bin Muhammad bin Mundah, daripada;
      20. Abil Fadhl Muhammad al-Kawkabi, daripada;
      21. Abil Qasim ath-Thabarani, daripada;
      22. Abi Ya’kub Ishaq bin Ibrahim bin Makhallad bin Ibrahim al-Mirwazi al-Handhzali,
      daripada;
      *23*. al-Hafiz Abi Bakar ‘Abdur Razzaq bin Humam bin Nafi’ ash-Shan`aani dengan sanad yang sohih kepada Jabir Rodiyallahu Anhu berkata:-
      Aku bertanya pada Rasulullah ﷺtentang perkara yang pertama yang Allah cipta sebelum segala-galanya. Maka Nabi Muhammadﷺ menjawab:
      Huwa nuru Nabiyyika !!! Ya Jaabir, khalaqahu-Ullahu tsumma khalaqa minhu kulla khairin wa khalaqa ba’dahu kulla syai-in.”
      “Ia (yakni perkara pertama yang diciptakannya oleh Allah) adalah nur Nabimu, wahai Jabir, Allah menciptakan nur kemudian diciptakan daripada nur itu akan setiap kebaikan dan diciptakan selepas nur itu setiap sesuatu.” Abdurrazzaq..
      Dalam hadis Qudsi Dia berfirman:
      “Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.

      Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad ﷺ dengan sabdanya
      “Mula-mula Allah ciptakan ruhku. Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai ruh suci”.
      “Mula-mula Allah ciptakan qalam”.
      “Mula-mula Allah ciptakan akal”.

      Dalam Sohih Muslim,

      Nabi (ﷺ) bersabda bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menulis Taqdir seluruh makhluq lima puluh ribu tahun (dan tahun di sisi Allah adalah berbeza dari tahun manusia.) sebelum Ia menciptakan Langit dan Bumi, dan `Arasy-Nya berada di atas Air, dan di antara hal-hal yang telah tertulis dalam ad-Dzikir, yang merupakan Umm al-Kitab (induk Kitab), adalah bahawa Muhammad ﷺ adalah Penutup para Nabi.

      *Al Irbadh ibn Sariya*, berkata bahawa Nabi ﷺbersabda, “Menurut Allah, aku sudah menjadi Penutup Para Nabi, ketika Adam masih dalam bentuk tanah liat.”

      *Maysara al-Dhabbi (ra)*berkata bahawa ia bertanya pada Nabi ﷺ, “Ya RasulAllah, bilakah engkau menjadi seorang Nabi?” Baginda ﷺ menjawab, “Ketika Adam masih di antara ruh dan badannya.”

      *Suhail bin Salih Al-Hamadani* berkata, “Aku bertanya pada Abu Ja’far Muhammad ibn `Ali radiy-Allahu ‘anhu, `Bagaimanakah Nabi Muhammad ﷺ dapat mendahului nabi-nabi lain sedangkan Baginda akan diutus paling akhir?” Abu Ja’far radiy-Allahu ‘anhu menjawab bahawa ketika Allah menciptakan anak-anak Adam (manusia) dan menyuruh mereka bersaksi tentang Diri-Nya (menjawab pertanyaan-Nya, `Bukankah Aku ini Robbmu?’), Muhammad ﷺ-lah yang pertama menjawab `Ya!’ Kerana itu, Baginda mendahului seluruh nabi-nabi, sekalipun beliau diutus paling akhir.”

      Al-Hakim dalam kitabnya Al-Mustadrak/Mustadrak Shahihain jilid 11/651 mengetengahkan hadits yang berasal dari Umar Ibnul Khattab ra. (diriwayat- kan secara berangkai oleh Abu Sa’id ‘Amr bin Muhammad bin Manshur Al-‘Adl, Abul Hasan Muhammad bin Ishaq bin Ibrahim Al-Handzaly, Abul Harits Abdullah bin Muslim Al-Fihri, Ismail bin Maslamah, Abdurrahman bin Zain bin Aslam dan datuknya) sebagai berikut, Rasulallah ﷺ bersabda:

      ‎قَالَ رَسُوْلُ اللهﷺ. : لَمَّا اقْتَرَفَ آدَمَُ الخَطِيْئَةَ قَالَ: يَا رَبِّ أسْأَلُكَ بِحَقِّ مُحَمَّدٍ لِمَا غَفَرْتَ لِي,

      ‎فَقالَ اللهُ يَا آدَمُ, وَكَيْفَ عَرَفْتَ مُحَمَّدًا وَلَمْ أخْلَقُهُ ؟ قَالَ: يَا رَبِّ ِلأنَّـكَ لَمَّا خَلَقْتَنِي بِيدِكَ

      ‎وَنَفَخْتَ فِيَّ مِنْ رُوْحِكَ رَفَعْتُ رَأسِي فَرَأيـْتُ عَلَى القَوَائِمِ العَرْشِ مَكْتُـوْبًا:لإاِلَهِ إلاالله

      ‎مُحَمَّدَُ رَسُـولُ اللهِ, فَعَلِمْتُ أنَّكَ لَمْ تُضِفْ إلَى إسْمِكَ إلا أحَبَّ الخَلْقِ إلَيْكَ, فَقَالَ اللهُ

      ‎صَدَقْتَ يَا آدَمُ إنَّهُ َلاَحَبَّ الخَلْقِ إلَيَّ اُدْعُنِي بِحَقِّهِ فَقـَدْ غَفَرْتُ لَكَ, وَلَوْ لاَمُحَمَّدٌ مَا خَلَقْتُكَ.

      “Setelah Adam berbuat dosa ia berkata kepada Robbnya: ‘Ya Robbku, demi kebenaran Muhammad aku mohon ampunan-Mu’. Allah bertanya (sebenarnya Allah itu maha mengetahui semua lubuk hati manusia, Dia bertanya ini agar Malaikat dan makhluk lainnya yang belum tahu bisa mendengar jawaban Nabi Adam Alaihissalam): ‘Bagaimana engkau mengenal Muhammad, padahal ia belum kuciptakan?!’ Adam menjawab: ‘Ya Robbku, setelah Engkau menciptakan aku dan meniupkan ruh kedalam jasadku, aku angkat kepalaku. Kulihat pada tiang-tiang ‘Arsy termaktub tulisan Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulallah. Sejak saat itu aku mengetahui bahwa disamping nama-Mu, selalu terdapat nama makhluk yang paling Engkau cintai’. Allah menegaskan: ‘Hai Adam, engkau benar, ia memang makhluk yang paling Kucintai. Berdo’alah kepada-Ku bihaqqihi (demi kebenarannya), engkau pasti Aku ampuni. Kalau bukan karena Muhammad engkau tidak Aku ciptakan’ “.

      Hadits diatas diriwayatkan oleh Al-Hafidz As-Suyuthi dan dibenarkan olehnya dalam Khasha’ishun Nabawiyyah dikemukakan oleh Al-Baihaqi didalam Dala ’ilun Nubuwwah, diperkuat kebenarannya oleh Al-Qisthilani dan Az-Zarqani di dalam Al-Mawahibul Laduniyyah jilid 11/62, disebutkan oleh As-Sabki di dalam Syifa’us Saqam, Al-Hafidz Al-Haitsami mengatakan bahwa hadits tersebut diriwayatkan oleh At-Thabarani dalam Al-Ausath dan oleh orang lain yang tidak dikenal dalam Majma’uz Zawa’id jilid V111/253.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge