kisah para rasul dan nabi, syahadah lailahaillallah

IMBAS SEJARAH ILMU SYAHADAH LAILAHAILLALLAH BUKAN ILMU BARU

Bismillahirrohmanirrohim

Mari bersama kita imbas sejarah di zaman arab jahiliyah. Penolakan mereka (Arab Jahiliyah) terhadap Rasulullah Sollallahualaihiwasalam (yang menyampaikan syahadah rukun Islam pertama) dan perbandingan dunia hari ini, dengan SATU(1) soalan.

Soalan 1

Mengapakah Rasulullah Sollallahualaihiwasalam ditolak oleh kaum Arab Jahiliyah, terutama mereka yang memegang peranan sebagai orang agama (yahudi/bani Israel) ketika itu?

Jawapan ringkas, soalan 1

  1. Kerana Arab jahiliyah (sebelum hadir ajaran Islam) mereka berpegang dengan ajaran tauhid (agama Allah) yang bersumber oleh Nabi Ismail a.s yang bersambung dengan Nabi Ibrahim a.s. Maka sewaktu itu mereka menyangka Rasulullah Sollallahualaihiwasalam membawa ajaran agama baru.
  2. Sedangkan, sejarah menunjukkan, telah berlalunya masa yang panjang dari zaman Nabi Ismail a.s, menyebabkan mereka lupa apakah ajaran sebenar yang dibawa oleh Nabi Ismail a.s untuk mentauhidkan ALLAH.
  3. Kaum yahudi (keturunan bani Israel) yang selama ini memegang jawatan agama, ego, tidak boleh terima hakikat, bahawa kaum Quraish, bani Hashim iaitu (Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasalam) dilantik menjadi Rasul ALLAH, kerana berdasarkan sejarah sebelum ini, yang menjadi Rasul ALLAH adalah dari keturunan mereka (bani Israel)

Mereka (Arab Jahiliyah) tercari-cari bagaimana cara mendekatkan diri kepada ALLAH. Di waktu itu, keadaan masyarakat jahiliyah semakin teruk, adab runtuh, seperti

  • Upacara menanam bayi perempuan kerana menyangka membawa malang,
  • Penzinaan,
  • Khurafat,
  • Perkahwinan istibdha’ iaitu isteri disuruh bersama lelaki lain terlebih dahulu (dipercayai bagi mendapat baka yang baik),
  • Dan pelbagai lagi sehingga kepada kepercayaan yang tidak boleh diterima oleh perasaan yang harmoni.

Amru bin Luhai (orang agama) yang tak sedar membawa semakin jauh kepada ALLAH

  1. Mereka menganggap hadirnya Amru bin Luhai seorang yang suka beribadat dan suka buat baik, sebagai tokoh agama untuk pimpin mereka.
  2. Malang sekali Amru bin Luhai juga, sebenarnya tidak tahu cara untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.
  3. Beliaulah orang yang membawa berhala bernama Habal, dimasukkan ke dalam kaabah. Maka dengan itu, berlakulah penyembahan berhala besar-besaran, yang dianggap sebagai cara mendekatkan diri kepada ALLAH.

Terdapat ayat dalam al-quran, antaranya, Al Zumar ayat 3,

“Kami tidak menyembah atau memujanya(berhala) melainkan supaya mereka (berhala) mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya.”

Nabi Muhammad Sollallahualaihiwasalam Diutus

Akhirnya, ALLAH, mengutus Rasulullah Sollallahualaihiwasalam, untuk memperbaiki adab dan akhlak, di zaman jahiliyah. Rasulullah Sollallahualaihiwasalam mengajar cara sebenar mentauhidkan ALLAH dan mengajar cara mendekatkan diri pada ALLAH iaitu dengan bersyahadah (rukun Islam pertama) selama 13tahun lamanya, baginda berdakwah (sebelum turun perintah solat).

Namun pemimpin agama waktu itu iaitu terutamanya kaum (bani Israel) menolak keras! tentang syahadah rukun Islam pertama, kerana tercabar disebabkan mereka tidak tahu tentang syahadah yang dibawa oleh Rasulullah Sollallahualaihiwasalam. Sedangkan semua para Rasul ALLAH diwahyukan tentang ilmu ilah dari kalimah lailahaillAllah. Syahadah dari kalimah LailahaillAllah, tidak pernah berubah sejak Nabi Adam a.s.

Sebagaimana firman ALLAH, Surah Anbiya’ ayat 25,

“Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad Sollallahualaihiwasalam) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan (ilmu tentang ILAH, segala intipati, rahsia, keajaiban, maksud, kefahaman) kepadanya, “Bahawa sesungguhnya tiada ILAH melainkan AKU, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu”

Ringkasnya, Sunnatullah (sebagaimana berlaku kepada para Rasul Allah), semenjak itu, berlakulah cubaan membunuh dan memfitnah ke atas mereka yang membawa syahadah LailahaillAllah (tiada ilah melainkan ALLAH) sebagaimana, berakhirnya zaman 4 sahabat khulafa arrasyidin.

Pelbagai fitnah berlaku, ke atas pewaris (ahlulbait, keturunan Rasulullah Sollallahualaihiwasalam) yang membawa kalimah lailahaillAllah, (angkara kejahatan, tipu daya kaum yahudi) termasuklah sehingga pembunuhan cucu Rasulullah Sollallahualahiwaslaam iaitu Saidina Husin radhiyallahuanhu sehingga ke hari ini.

 Mari tafakurkan

  1. Mengapa masih seolah-olah tiada beza antara akhlak kehidupan zaman jahiliyah dan zaman sekarang?
  2. Mengapa (walaupun sekarang, zaman kita lebih banyak masjid, lebih banyak kuliah agama, banyak saluran media, internet berkaitan agama), namun masih berlaku keruntuhan akhlak, penindasan sesama manusia, perasaan tidak bersih, tidak harmoni, yang tidak masuk akal?

 

Zaman Jahiliyah Zaman Sekarang
Apakah ajaran Nabi Ismail a.s, (yang tidak disebarkan oleh Amru bin Luhai?) yang waktu itu sudah dilupakan/ tidak sampai kepada bangsa arab di zaman jahiliyah?

 

Yang kemudiannya Rasulullahﷺ diutus, untuk menyampaikannya?

Apakah yang diajar oleh Nabi Muhammad sollallahualaihiwasalam, yang waktu ini telah dilupakan ataupun tidak pernah sampai kepada kita?

 

  1. Tafakurkan, apakah yang Rasulullah Sollallahualihiwasalam sampaikan untuk memperbaiki akhlak dan keadaan hidup di zaman jahiliyah?

Jawapan tafakur

  • Ilmu dan amalan rukun Islam pertama iaitu bersyahadah (Asyhadu) bukan mengucap (aqulu).

2. Bersyahadah bermakna (‘ber’saksi – sedang menyaksi (dengan ilmu kalimah lailhaillAllah) tanpa putus) sebagaimana lafaz syahadah rukun Islam pertama, Asyhadu anlailahaillAllah, waasyhadu anna Muhammadarrosulullah”

3. Perjuangan rukun Islam pertama adalah manhaj (kaedah) Rasulullah Sollallahualahiwasalam untuk mentauhuidkan ALLAH, mendekatkan diri, mengingati ALLAH di setiap detik, saat dan masa, tanpa putus (dengan ilmu ILAH).

Surah Muhammad ﷺ ayat 19, “Fa’lam annahu LailahaillAllah” terjemahannya “(Ketahuilah dengan) pelajarilah sesungguhnya LailahaillAllah (tiada Ilah melainkan ALLAH)”

4. Yang dengannya terpelihara adab dan akhlak seseorang dari perbuatan keji dan, dapat menyatupadukan ummah, mewujudkan ketenangan, kesatuan dan keharmonian sejagat. “..Dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang” (Ar Rad ayat 28).

Penulis: Nurul Aein A.Kadir (pengarang buku: Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA)

www.nurulaein.com

HADIS SYAHADAH TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH

Dikeluarkan oleh Abu Nu’iaim dalam Al-Hilyah daripada jalannya: Abu Al-Faidh Al Fadani dalam Al-‘Ujalah fil Ahadith Al-Musalsalah (muka 67) dan Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Di masyq Ibnu As-Syajariyy Az-Zaidiyy dalam “Al-Analiy Asy-Syajariyyah” dari jalan Abi As-Salt Abdis Salam bin Soleh Al-Harawi daripada Ali bin Musa Ar-Redha, daripada ayahandaku Musa bin Ja’far, daripada ayahandaku Ja’far bin Muhammad, daripada ayahandaku Muhammad bin Ali, daripada ayahandaku Ali bin Husain bin Ali daripada ayahandaku, Husain bin Ali, daripada ayahandaku Ali bin Abi Talib radhiyallahhuanhu, daripada Rasulullah  daripada Jibril a.s berkata ALLAH berfirman,

“Sesungguhnya Aku adalah ALLAH, Tiada Ilah melainkan Aku, maka sembahlah Aku, barangsiapa di antara kamu yang datang kepadaKu dengan SYAHADAH Tiada Ilah melainkan Allah dengan ikhlas maka masuklah dia ke dalam bentengKu maka dia aman dari azabKu.”

-Hadith ini menurut Abu Nu’aim adalah hadith yang thabit masyhur dengan sanadnya.

1 thought on “IMBAS SEJARAH ILMU SYAHADAH LAILAHAILLALLAH BUKAN ILMU BARU”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge