Blog Pertama Saya – Tafakur Korban Dalam Kenal Diri

Jom Share artikel ini dengan niat anda turut mendapat kurnia dariNYA

Bismillah..

Telah selesai ibadah korban tahun 2016 ini. Teringat kata guru, “korban terbesar adalah korban menundukkan nafs dalam diri.” Melihat kepada ibadah korban dilakukan, ada kala kita saksikan haiwan yang dikorban seumpama tidak merelakan ia dikorban.

Ada kala haiwan disaksikan, sudah rela menadah tengkok, menyerah diri untuk dikorbankan. Ada haiwan yang antara menyerah dan teragak-agak menyerah. Namun, adakah kita sedar? Mengapa? Apa perkaitan karakter haiwan korban dengan individu yang berniat melakukan korban?

mengenal diri dalam haiwan korban

Segala sesuatu ada hikmah yang ALLAH selitkan. Kebanyakan kita faham haiwan dikorban sebagai ibadah korban sebagai bekalan di akhirat nanti. Haiwan-haiwan akan menjadi tunggangan kita. Namun ALLAH sangat terperinci dan sistematik terhadap sesuatu yang diperintahkan. Apa pula kebaikan korban buat diri, tatkala di dunia ini?

Renungkan dan tafakurkan. Wasssalam

About aein

Alhamdulillah.. Blog ini ditulis untuk berkongsi tarbiah diri buat diri sendiri. Asalnya dahulu saya seorang pensyarah, namun berhenti setelah istikharah dan mendapat gerak kuat dariNya. Mengadu pada Nya, jika begitu kehendakNya, bagaimana nak bayar duit kereta? Lalu ALLAH menggandakan kenaikan gaji suami yang lebih dari cukup membayar duit kereta. Ada sesuatu yang DIA mahu saya kongsi tentang istimewanya kita sebagai khalifah. Berniat agar kita sentiasa puji dan agongkan hanya DIA. Lahaulawalaquwwataillabillah... Buat yang membaca, terima kasih. Sudikanlah tinggalkan 'jejak' (komen), sebagai tanda, salam kasih dan perkenalan. Moga dengannya, berpaut hubungan atas dasar ilmu yang berharap rahmat, lingkungan kasihNya, Ar Rahman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

shares