rahsia para sahabat kaya, menjemput rezeki, lucky draw,

Anda nak kaya? Dah puas melakukan amal ibadat, tapi hidup masih susah? Saya dedahkan, SATU(1) rahsia KEAJAIBAN REZEKI, yang saya yakin, 99% kebanyakan orang Islam tidak ketahui!

Jom Share artikel ini dengan niat anda turut mendapat kurnia dariNYA

Ya Salam Ya Allah

Bismillahhirrohmanirrohim.

Suka saya apabila diilhamkan, tajuk di atas, yang sebenarnya merupakan rahsia utama para sahabat Rasulullah Sollallahualaihiwasalam menjemput rezeki. Berfikir-fikir untuk dituliskan, kerana mahal pengetahuan tersebut.

Namun kerana kasihan melihatkan keadaan umat Nabi Muhammad  صلى الله عليه و سلم  dan saya punya niat untuk menyebarkan tentang pentingnya BERIMAN KEPADA PERKARA GHAIB, (seperti firman ALLAH dalam Surah Albaqarah ayat 1-5), jadi saya tuliskan juga.

Berserah pada ALLAH, kepada siapa artikel ini akan dibaca. Sebahagian ayatNya dikongsi, al-Baqarah ayat 3, firman ALLAH

Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Sebelum saya terus menulis, perlu saya ajak pembaca tafakur. Anda nak kaya, nak berjaya, harus berfikir, tafakur, diluar kotak akal biasa. 

menjemput rezeki cara para sahabat. nak kaya

Pernah terfikir, apa kaitan REZEKI dengan BERIMAN KEPADA PERKARA GHAIB? Bagaimana para sahabat MENJEMPUT REZEKI dengan beriman pada perkara ghaib?

Kadangkala kita meletakkan iman sebagai satu (1) perkara yang berasingan dengan kepentingan hidup di dunia. Maksud saya, ramai di antara kita, meletakkan iman itu, hanya untuk diisi dalam diri, bagi tujuan kehidupan di akhirat kelak, tapi tak terfikir pentingnya iman untuk kejayaan di dunia, pentingnya iman untuk makbulnya doa dan pentingnya iman untuk mendapat keajaiban rezeki.

sahabat rasulullah sollallahualaihiwasalam kaya, menjemput rezeki
Gambar hiasan: Berniaga dengan iman bukan terletak pada pakaian

Jika kita berfahaman bahawa kepentingan iman hanya lebih kepada untuk akhirat sahaja, bermakna amalan kehidupan kita atas dasar iman di dunia ini, kemungkinan besar “sekejap ada iman”, “sekejap tidak perlu iman”.

Maka, menjadilah hidup kita, kurang jelas hala tujunya. Tidak jelas halatuju, bagaimana kita nak jadi kaya beriman seperti para sahabat? Bagaimana nak kaya seperti Nabi Sulaiman as?

Tahukah anda,  beriman kepada perkara ghaib, adalah CARA MENDAPAT KEAJAIBAN REZEKI yang melimpah ruah. Itulah faktor utama kejayaan para sahabat Rasulullah Sollallahualaihiwasalam.

Tafakur! Kesilapan besar umat Islam pada hari ini…

Kesilapan besar umat Islam pada hari ini, adalah apabila kita menganggap cara untuk memperbaharui iman, meningkatkan iman, adalah terus-terusan bermula dengan melakukan solat fardhu, solat sunat, mengaji dan pelbagai lagi amal ibadat. Namun malangnya, setelah pelbagai amal dilakukan dan kita mendapati tiada perubahan, secara tak sedar dalam hati kita merungut. Di mulut kata sabar, di hati sedang merungut. Setuju?

Sedangkan apabila para sahabat bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه و سلم, tentang cara menambah iman, memperbaharui iman, lalu baginda bersabda… (Baca hadis di bawah ini) 

Hadis riwayat Ahmad, Tabrani dan at-Targhib, dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda, “Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah صلى الله عليه و سلم bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda bersabda,“Perbanyakan ucapan kalimah LailahaillAllah.”

lailahaillAllah menambah iman

Jadi, apa sebenarnya, cara perbaharui iman yang Rasulullah صلى الله عليه و سلم ajarkan kepada para sahabat? Apa maksud hadis itu? Adakah sebutan lafaz di mulut semata-mata?

“Anda nak tahu, anda nak kaya, anda nak berjaya, beriman seperti para sahabat?”.. Jom semangat, terus baca!

Sebelum saya teruskan JAWAPAN, anda kena buka minda turut sedia berfikir, mengapa saya katakan, untuk menambah iman kepada perkara ghaib, bukan terus dengan solat, seperti kebanyakan yang umat Islam lakukan.

rahsia para sahabat kaya, menjemput rezeki, lucky draw,

Surah Al A’rof 40: إن الذين كذبوا بآياتنا واستكبروا عنها لا تفتح لهم أبواب السماء ولا يدخلون الجنة حتى يلج الجمل في سم الخياط “Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami dan menyombongkan diri terhadapnya, tidak akan dibukakan baginya pintu langit dan tidak pula masuk surga sampai unta masuk lubang jarum”

Untuk memudahkan anda faham, saya kongsi SEJARAH tentang dakwah Rasulullah صلى الله عليه و سلم . Kemudian anda fikir dan jawab (Benar atau Tidak)

 

*1* Untuk makluman pembaca, Rasulullah صلى الله عليه و سلم mengajak orang Arab zaman jahiliyah, untuk beriman kepada ALLAH, dengan rukun Islam Pertama iaitu Asyahdu anla ilahaillAllah, waasyhadu anna MuhammadarRosulullah. (syahadah yang semua orang Islam sedia maklum).

*2* Namun, yang orang Islam tak tahu, tak sedar, tak maklum, 13 tahun lamanya di Mekah, Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم berdakwah, kepada orang Arab sehinggalah para sahabat waktu itu menjadi beriman, semakin mantap iman, semakin berjaya, semakin kaya, semakin beradab, semakin motivasi SEDANGKAN perintah solat (rukun islam ke2) belum turun. Saya ulang, perintah solat belum turun! (panjang kalau nak cerita sejarah)

*3* Jadi untuk beriman bagi setiap orang Islam, sebagaimana hadis di atas adalah perlu bermula dengan LailahaillAllah.

*4* Persoalannya, apa kaitan Asyhadu anLailahaillAllah… (Rukun Islam pertama) dengan KEJAYAAN para sahabat, mendapat Keajaiban REZEKI, (diingatkan sekali lagi), padahal waktu itu perintah solat belum turun!

*5* Jawapannnya, langkah PERTAMA, Rasulullah صلى الله عليه و سلم mengajak supaya orang ARAB Jahiliyah waktu itu, tidak syirikkan ALLAH. Saya ulang tidak syirikkan ALLAH.menambah rezeki, kaya, rezeki sempit, menjemput rezeki

*6* Soalannya adakah kita syirikkan ALLAH sekarang? Secara ZAHIR nya, TIDAK SAMA SEKALI! Tetapi bagaimana kalau saya katakan, ada syirik yang KITA tak Sedar?

*7* Jika ada pembaca yang menjawab syirik tersembunyi sebab SOMBONG dan TAKBUR, itu adalah  jawapan luaran (kulit) yang dah ramai orang sebut. Bukan jawapan ‘kulit’ itu yang saya mahu huraikan. InsyaAllah, tunggu posting saya untuk sambungan seterusnya. Panjang artikel ini, untuk dikongsi sekaligus semuanya. Kongsikan artikel ini, supaya saya lebih bersemangat mahu kongsi 🙂

NAMUN, HEBATNYA BILA KITA TAHU KEAJAIBAN BILA LANGSUNG TAKDE SYIRIKKAN ALLAH, WALAUPUN SYIRIK BATIN YANG KITA TAK SEDAR.

sehingga apabila kita baru belajar, baru amalkan, rezeki kita bertambah ajaibnya, qalbu nikmat tenang, seronok.

Saya petik nikmat itu dari hadis yang ada saya kongsi dari buku saya, bertajuk Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA, di bawah ini (tentang keajaiban rezeki)

Petikan hadis, dari buku bertajuk Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA, -Menyelongkar Kehebatan Manusia Sebagai khalifah. Ajaibkan? “Barangkali engkau mendapatkan rezeki kerana sebab saudaramu (yang rajin belajar itu)” #sebab orang lain belajar ilmuNYA, tempiasnya, barakahnya, diluaskan rezeki kepada kawannya yang cari rezeki!

“…Barangkali engkau mendapatkan rezeki kerana sebab saudaramu (yang rajin belajar itu)” #sebab orang lain belajar ilmuNYA, (LailahaillAllah) tempiasnya, barakahnya, diluaskan rezeki kepada kawannya yang cari rezeki. Untuk yang sudah miliki buku saya, petikan ini ada pada bahagian 8.

Sementara tunggu posting seterusnya..

1-Berdoalah mencari gurunya seperti pesanan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir AlJailani qsa (dalam posting saya sebelum ini).

2- Boleh lah dapatkan dan baca buku bertajuk: Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA. Ada saya kongsi, kenikmatan agar beriman kepada perkara ghaib, buang syirik.

rezeki, kaya seperti sahabat, menangani kecelaruan hidup, sempit rezeki, jemput rezeki
Buku bertajuk Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA -menyelongkar kehebatan manusia sebagai khalifah.  http://order.nurulaein.com atau whatsapp “nakbukumenyaksi” ke 0189739699

Buku saya bertajuk Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA, (MRBK) bukanlah saya direct fokus tentang rezeki semata-mata. Buku saya itu, tentang pencarian saya TANYA ALLAH, untuk mengetahui kehebatan kita manusia sebagai khalifah ALLAH melebihi makhluk lain (termasuk malaikat).

Namun bila benar faham, secara tak langsung sebenarnya, beriman kepada perkara ghaib, mengenal ALLAH, adalah penyelesaian kepada banyak perkara. Jadi kepada yang masih (1) tersekat rezeki, sempit rezeki,(2) sakit yang tak sembuh, (3) punyai kecelaruan jiwa, (4) tertanya kenapa doa tak makbul?, (5) nak berjaya dengan beriman kepada perkara ghaib (6) nak manfaat bila berbicara TANYA ALLAH, maka  jawapan  dari isi artikel ini tentang “rahsia para sahabat menjemput rezeki”, secara tak langsung kaedahnya, ada saya cerita dan tuliskan dalam buku tersebut.

#SERONOK  BUKU MRBK+++

Dan yang seronoknya, insyaAllah, saya tidak biarkan pembaca buku saya, hanya baca 1x sahaja buku tersebut. Dengan qudratNYA, izinNYA, saya akan terus-menerus posting pada facebook page saya: nurulaeinabdulkadir atau melalui artikel pada website saya: www.nurulaein.com, sebagai tips tambahan sehingga terpaksa menyelak kembali buku tersebut dan

#SERONOK  BUKU MRBK ++2

insyaAllah, melalui perkongsian artikel adan video ringkas juga akan ada tambahan panduan untuk mendapat hikmah ++ tersembunyi dari buku ini,

#SERONOK  BUKU MRBK+++3

Buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA, (MRBK) akan menjadi ala-ala buku “teks” panduan, untuk pembaca sekalian, bila menonton video atau posting artikel atau posting fb saya

#SERONOK  BUKU MRBK ++++4

seterusnya digunakan untuk seminar yang diadakan. Mudah-mudahan sama-sama kita beroleh manfaat, untuk kejayaan dunia dan akhirat.

#JADI SERONOK  BUKU MRBK +++5

untuk anda menjadi agen sebagai menambah pendapatan, atau hadiahkan kawan-kawan.

Jadi jika anda belum mempunyai buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA, BACA SENDIRI, boleh dapatkan secara online di http://order.nurulaein.com atau whatsapp “nakbukumenyaksi” ke 0189739699. 

Sekiranya, anda rasa artikel ini bermanfaat, sila share kepada rakan atau sesiapa sahaja dengan berniat dan berdoa, melalui perkongsian artikel yang anda lakukan ini, ALLAH akan membalas kebaikan anda, sebagaimana mereka yang sudah mendapat hikmah dari perkongsian artikel ini termasuk, hadis  tentang keajaiban rezeki di atas. Amin.

About aein

Alhamdulillah.. Blog ini ditulis untuk berkongsi tarbiah diri buat diri sendiri. Asalnya dahulu saya seorang pensyarah, namun berhenti setelah istikharah dan mendapat gerak kuat dariNya. Mengadu pada Nya, jika begitu kehendakNya, bagaimana nak bayar duit kereta? Lalu ALLAH menggandakan kenaikan gaji suami yang lebih dari cukup membayar duit kereta. Ada sesuatu yang DIA mahu saya kongsi tentang istimewanya kita sebagai khalifah. Berniat agar kita sentiasa puji dan agongkan hanya DIA. Lahaulawalaquwwataillabillah... Buat yang membaca, terima kasih. Sudikanlah tinggalkan 'jejak' (komen), sebagai tanda, salam kasih dan perkenalan. Moga dengannya, berpaut hubungan atas dasar ilmu yang berharap rahmat, lingkungan kasihNya, Ar Rahman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

shares