bicara RASA, Puji ALLAH, Umum

Alhamdulillah adalah Doa Yang Paling Utama

bicara kasihnya

 

Ya Salam Ya Allah,

Assalamualaikum semua..

Pagi ini, terdengar bicara RASA dalam diri berzikir, bersyukur memuji ALLAH. Tarbiah diri untuk diri pagi ini, yang tak semena-mena menyapa ketika saya membasuh pinggan. “Doa paling utama Alhamdulillah”, diperingatkan buat saya.

“Ya benar”, saya mengiakan.. Sebenarnya waktu itu saya sedang merenung perancangan ALLAH buat saya. Selesai bernafas lega menyiapkan penulisan manuskrip buku tentang bicara kasihNYA, pagi ini anak yang 3 tahun pula, demam. Alhamdulillah.. Segala puji bagi ALLAH yang mengurus tadbir masaku, dengan sebaik-baik  pengurusan.

burung juga bertasbih memujiNya

Begitulah ALLAH mahu kita sentiasa memujiNya. Puji DIA di setiap detik dan waktu. Sebenarnya tempoh hari saya terpandangkan hadis tentang zikir paling utama adalah Laailahaillallah dan doa paling utama adalah Alhamdulillah.

Membacanya membuatkan diri saya bersetuju. Tak teringat pula akan riwayatnya. Cuma hari ini, saya ingin berkongsi tarbiah bicara RASA ini, pagi tadi. Panjang kefahamanNya, namun seringkas cuma saya  ingin sampaikan.pokok juga mentauhidkan Allah memujiNya

Umumnya kita tahu, ALLAH itu sebaik-baik perancang, Yang Mencukupkan Rezeki, Yang Menyembuhkan dan banyak lagi nama-nama Asmaulhusna. Namun sayang, apabila kita berdoa, kita straight to the point apa yang kita inginkan dan kadangkala seumpama menghadapkan segala masalah.

Seolah-olah, jika kita minta rezeki,  kita siapkan segala list apa yang kita inginkan, sehingga terlupa DIA Yang Lebih Tahu, mana yang perlu, mana tak perlu untuk kita.

Sebenarnya jauh di sudut hati setiap insan, kita sedar dan tahu, ALLAH tahu yang terbaik untuk kita, tetapi ‘seakan’ menolak kerana ingin memenuhi kehendak (nafs) dalam diri sendiri. Itulah yang pernah juga berlaku pada saya dan bila RASA dalam diri menolak, menyebabkan saya mula tafakurkan.

beruk tafakur menginsafi diri

Sebenarnya tak salah senaraikan segala hajat kita, tetapi berdoalah dengan kehambaan. Mulakan dengan memujiNya. MemujiNya bermaksud kita meletakkan pengharapan, penyerahan terhadap semua yang kita doakan, hajatkan, senaraikan.

Sebab, kita hamba ALLAH yang lemah. Kita tak mampu tahu apa sebenarnya yang terbaik untuk diri kita. Seolah-olah apabila wanita nak bersalin, kalau dia doa nak cepat, mudah, adakalanya doa tersebut tak dapat nak cover semua keadaan waktu bersalin.  Cepat, mudah, “mmm… tiba-tiba doktor belum ready.” Fahamkan?

JADI BAGAIMANA CARA BERDOA DENGAN MEMUJINYA?

Berdoa dengan memujiNya, bermaksud meletakkan segala pengharapan DIA Yang Lebih TAHU yang terbaik buat diri kita. Dalam masa yang sama berbaik sangka, berserah padaNYA. Sebagai contoh ringkas,

Jika hendak bersalin – Segala Puji bagi ALLAH Yang Memudahkan, Melancarkan Aku Melahirkan, Yang terbaik, telah sedia ada dalam PengetahuanNya.

Jika minta disembuhkan – Segala Puji bagi ALLAH Yang Menyembuhkan Aku Di Saat Aku Sakit, dalam masa terbaik yang telah ditentukanNya.

Jika minta rezeki -Segala Puji bagi ALLAH yang memberi kecukupan pada rezekiku agar aku tidak tertipu dengan kehendak nafs dalam diri ku.

Lahaulawalaquwwataillabillah..

langit lukisan kasih Allah bagi yang memuji DIA

Ada difirmakan dalam Surah Al A’raf ayat 55 “Berdo’alah kepada Robbmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”

Berdoalah sebagai hamba yang sedar diri mana yang patut diucapkan dan malu untuk diungkapkan. Sesungguhnya ALLAH, suka dipuji. Lihat sahaja al fatihah ayat ke 2, yang kita wajib baca 17 kali sehari (dalam) solat. Alhamdulillahhi Robbil Alamin.. Di situ ada keajaibanNya.

Tafakur dan renung-renungkan… Berdoa, sambil memujiNya, membuat kita rasa lebih tenang. MeRASA kita hamba lalu MeRASA ALLAH sangat dekat.. sangat dekat.. sangat dekat.. lalu meRASA jatuh kasihNYA pada kita.

Begitulah tarbiah bicara RASA dalam diri, pagi tadi. Walaupun hadirnya sesaat cuma, namun inti kefahamanNya amat bermakna.

Allah berfirman, Surah Faatir ayat 34, “Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan hati dari kami…”

Yang DIA Mahu, puji dan agongkanlah hanya DIA.

Wassalam…

nurul aein

2 thoughts on “Alhamdulillah adalah Doa Yang Paling Utama”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge