iman, syahadah

Kenapa perlu ada Guru Mursyid? Bukankah kita perlu direct, kepada ALLAH?

Jom Share artikel ini dengan niat anda turut mendapat kurnia dariNYA

Bismillahirrohmaanirrohim

Soalan di atas, pernah ditanyakan oleh seorang rakan kepada saya. Kenapa kena ada Guru Mursyid? Bukankah kita perlu direct, kepada ALLAH?

Benar, segala apa jua permohonan, doa, permintaan memang perlu minta kepada ALLAH. Tauhidkan hanya ALLAH. Namun perlunya guru mursyid, guru murobbi, adalah untuk membimbing kita sehingga kita benar-benar dapat mengenal ALLAH, mengenal Robb kita, mengikut kehendak ALLAH semasa kita diciptakan.

Hatta Nabi Musa alaihissalam, yang sudah boleh berkalam, (berkata-kata) dengan ALLAH secara langsung pun, kemudiannya ALLAH menghendakki beliau (Nabi Musa as), perlu berguru dengan hambaNYA iaitu Nabi Khidir alaihissalam untuk mengenal ALLAH, nak sentiasa ingat ALLAH.

BACAlah al-Quran, ada disebutkan kisah Nabi Musa as di Bukit Tursina, ingin melihat ALLAH, mengenal ALLAH. Dalam sebuah hadis (di bawah) pula, ada Nabi Musa as meminta kepada ALLAH, bagaimana cara berzikir (cara ingat ALLAH) yang melalui kalimat itu, boleh juga digunakan (2in1) untuk berdoa kepada ALLAH. Jadi ALLAH memerintahkan Nabi Musa as, pelajari LailahaillALLAH.

Kisah Nabi Musa as bertemu untuk berguru dengan hamba ALLAH, Nabi Khidir as ada disebutkan dalam alQuran, Surah alKahfi.

Semua para Nabi diajar tentang LailahaillALLAH, Surah anmbiya, ayat 25

Sebelum saya teruskan, perlu baca dahulu kisah seorang awliya ALLAH, guru Mursyid, guru Murobbi, bertaraf Sultan kepada semua para wali ALLAH iaitu Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir alJailani qsa bersama pembantunya.

Kisah cerita di bawah ini, membantu jawapan “Mengapa perlunya seorang guru mursyid, guru Murobbi?”

irsyad – petunjuk, panduan => Mursyid (dari perkataan irsyad)= guru pemberi panduan, pembimbing, petunjuk,
guru Murobbi (dari perkataan Robb) = guru yang membawa mengenal Robb, mengenal ALLAH
solat – perbuatan solat, =>Musolla (dari perkataan solat) = tempat solat

Diceritakan bahawa ada seorang fakir yang berkhidmat sebagai pembantu di rumah Syeikh Abdul Qadir alJailani selama 40 tahun. Selama itu dia telah menyaksikan beberapa murid yang jauh lebih muda darinya dan yang belum lama berkhidmat, telah dilantik Sheikh untuk menjawat jawatan penting.

Suatu hari dia pergi berjumpa dengan Sheikh Abdul Qadir alJailani, untuk mengajukan permohonannya. Dia telah berkhidmat kepada Sheikh selama bertahun-tahun dan kini usianya semakin tua. Soal hatinya, “Mengapa dia belum juga dilantik untuk menjawat kedudukan penting seperti murid  lain?”

Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir alJailani qsa

Belum lagi dia menyampaikan maksudnya, satu utusan dari India tiba. Mereka ingin agar Sheikh, melantik seorang Maharaja bagi kerajaan mereka. Sheikh menatap pembantunya dan bertanya, “Adakah kamu ingin jawatan ini? Adakah kamu merasa mematuhi syarat-syaratnya?”, pembantunya mengangguk kegirangan.

Diringkaskan cerita, Sheikh melantik pembantunya dengan jawatan tersebut dan dengan syarat pembantunya perlu berjanji memberi separuh keuntungan dan kekayaan yang diperoleh selama berkuasa. Lalu pembantunya bersetuju.

Buku Manaqib Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir alJailani qsa

Setelah bercakap dengan Sheikh, pembantunya kembali untuk mengurus masakan. Semasa mengaduk makanan di kuali, dia dipanggil untuk mengikut utusan tersebut ke India. Di sana pembantu tersebut berkahwin dan mempunyai anak. Kekayaan semakin melimpah ruah, namun malangnya dia tidak mengotakan janjinya kepada Sheikh. Apabila Sheikh datang mengunjunginya di India, dia menipu Sheikh dengan hanya memberi sebahagian kecil harta sahaja.

Sheikh Abdul Qadir AlJailani, adalah awliya ALLAH. Beliau telah menyerahkan dirinya kepada ALLAH. Harta keuntungan walau Sheikh letakkan syarat semasa perjanjian bukanlah untuk diri Sheikh. Semua digunakan untuk menyebarkan dakwah. Namun (diringkaskan cerita) pembantunya, dalam keadaan mata terpejam sanggup menghunus pedang kepada Sheikh, menipu Sheikh, semasa diminta menunaikan janji.

Ketika membuka matanya, beliau (terkejut) melihat dirinya sedang masih mengaduk makanan di kuali dengan senduk kayu. Sheikh Abdul Qadir menatapnya dan berkata, “Seperti kamu lihat sendiri, kamu belum bersedia menjadi wakilku. Kamu belum memberikan segalanya termasuk dirimu, kepadaku.”

Begitulah pentingnya, guru mursyid..

Guru mursyid, guru murobbi, yang ALLAH lantik untuk membimbing kita, bertujuan supaya kita benar-benar mengenal ALLAH dengan ilmuNya. Guru mursyid mengetahui tentang keadaan nafs kita, kejahatan nafs kita, mampu membaca tentang diri kita, kata-kata hati kita, lebih dari diri kita tahu tentang diri kita sendiri.

Apa yang berlaku kepada pembantu Sultanul Awliya, dia diperlihatkan akan keburukan kejahatan nafsnya, yang sebenarnya dibukakan oleh gurunya Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir AlJailani, wali ALLAH. Untuk beriman, dengan yakin, ainul yakin, iman haqqul yakin, sampai kepada ALLAH, perlunya nafs-nafs dalam diri kita ditundukkan, dipukul, dipancung oleh seorang guru murobbi hingga ke akar umbinya.

Selagi nafs-nafs ini wujud, seseorang akan masih terhijab untuk benar-benar sampai kepada ALLAH. Jadi perlunya amalan-amalan yang semuanya bersanad sehingga kepada Rasulullah Sollallahualaihiwasalam untuk benar-benar sampai hingga menyaksi ALLAH (syahadah kepada ALLAH), “Asyhadu anLailahaillALLAH, waAsyhaduanna MuhammadarRosulullah” (rukun Islam Pertama) dengan ilmu LailahaillALLAH, sebagaimana ALLAH perintahkan untuk kita mempelajarinya dalam Surah Muhammad, ayat 19, “Fa’lam annahu LailahailLALLAH” bermaksud “(Ketahuilah,  Pelajarilah, sesungguhnya LailahaillALLAH)”.

ILMU LailahaillALLAH satu-satunya ilmu diperintahkan ALLAH
dalam alQuran , agar kita pelajarinya

Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir alJailani, seorang wali ALLAH yang sangat masyhur, yang jalur keturunannya dari Rasulullah Sollallahualaihiwasalam, sebelum menjadi guru kepada puluhan ribu murid, beliau juga menjadi murid, mempunyai guru mursyid, melalui perjalanan getir sebelum berjumpa guru.

Begitu juga kepada para sahabat Rasulullah Sollallahualaihiwasalam untuk benar-benar beriman, mengenal ALLAH, yakin hingga ke tahap haqqul yakin, sampai menyaksi kepada ALLAH, Saidina Abu Bakar asSiddiq ra, Saidina Umar alKhattab ra, Saidina Uthman Ibnu Affan ra, Saidina Ali Ibni Abi Thalib kwj semuanya mereka belajar, berguru dengan Rasulullah Sollallahualaihiwasalam tentang ilmu LailahaillALLAH.

Sebelum Rasulullahﷺ, mengajar tentang solat, puasa, zakat dan haji, Rasulullah Sollallahualaihiwasalam mengajar cara memantapkan iman kepada ALLAH, melalui ilmu dan amalan  rukun Islam Pertama. Ilmu itulah yang diajar seawal 13 tahun lamanya bermula di Mekah, sebelum perintah solat turun.

SATU KETIKA Saidina Ali Ibnu Abi Thalib radhiyallahuanhu bertanya kepada Rasulullah ﷺ, cara mendekatkan diri kepada ALLAH?

PENTINGNYA TALQIN ZIKIR UNTUK SESEORANG MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH, MENGINGATI ALLAH DARI GURU (SYEIKH) YANG SUDAH DITALQINKAN, YANG BERSANAD SEHINGGA RASULULLAH ﷺ


Daripada Saidina Ali r.a: “Ya Rasulullah ﷺ, beritahulah kepadaku jalan yang paling mudah / singkat / cepat / pendek / senang, untuk dekat kepada ALLAH.

Jawab Rasulullahﷺ , “Wahai Ali, hendaklah engkau sentiasa mengingati ALLAH (zikrullah) di masa bersendirian. Berkata Saidina Ali r.a, “Ini adalah kelebihan zikir, semua manusia berzikir.

Bersabda Rasulullahﷺ : “Wahai Ali, tidak akan berlaku kiamat selagi mana di atas muka bumi ini, ada yang menyebut ALLAH.

Berkata Saidina Ali r.a, “Bagaimana caranya berzikir (ingat ALLAH) Ya Rasulullahﷺ? Maka sabda baginda: “Pejamkanlah matamu dan dengar dariku tiga(3) kali, dan kamu katakanlah/sebutlah kembali sebanyak tiga(3)kali dan aku mendengar.

Maka Nabiﷺ menyebut لا إله إلا الله sebanyak tiga(3) kali sambil memejamkan mata baginda dan mengangkat suaranya dan Saidina Ali ra mendengarnya, kemudian Saidina Ali ra menyebut لا إله إلا الله sebanyak tiga(3) kali sambil memejamkan matanya dan mengangkat suaranya sambil didengar Nabiﷺ

(Hadith Musalsal Talqin Zikir Ahli Sufi) = Hadith semisal di atas.

Daripada Saidina Ali r.a; Aku berkata, “Ya Rasulullahﷺ, apakah jalan yang paling dekat (terangkan kepadaku jalan yang paling dekat) kepada ALLAH dan paling mudah ke atas hamba ALLAH dan paling mulia/afdhal di sisi ALLAH?” Maka sabda baginda; “Wahai Ali, hendaklah kamu sentiasa berzikir (mengingat) kepada ALLAH”. Berkata Saidina Ali ra, “Semua manusia berzikir kepada Allah.”

Sabda Rasulullahﷺ : “Wahai Ali, tidak akan berlaku kiamat selagi mana ada yang menyebut ALLAH, ALLAH.” Berkata Ali r.a, “Bagaimana berzikir Ya Rasulullah?” Maka sabda baginda lagi kepadanya: “Pejamkanlah matamu dan dengarlah daripadaku sebanyak tiga(3) kali kemudian katakanlah sebagaimana yang disebutkan”, dan aku mendengar Rasulullahﷺ menyebut Lailahaillallah لا إله إلا الله sebanyak tiga(3) kali sambil memejamkan matanya, mengangkat suaranya dan Saidina Ali r.a mendengarnya, dan Saidina Ali r.a mengucapkannya, kemudian Saidina Ali r.a, melafazkan Lailahaillallah لا إله إلا الله , tiga(3) kali sambil memejamkan matanya dan mengangkat suaranya sambil didengari oleh Nabiﷺ. Kemudian Saidina Ali r.a mentalqinkannya kepada Hasan Al-Basri, kemudian Hasan Al-Basri mentalqinkannya kepada Habib al-‘Ajami, kemudian Habib al-‘Ajami mentalqinkannya kepada Daud at-Ta’ie, kemudian Daud at-Ta’ie kepada Ma’rut al-Kurkhi/al-Karkhi, kemudian Ma’rut al-Kurkhi kepada Sirri As-Saqati, kemudian Sirri As-Saqati kepada Junaid al-Baghdadi, kemudian ditalqinkan kepada Arbabut Tarbiyah (Syeikh-Syeikh / Mursyid yang mentarbiyah / memimpin murid)

“Kita tidak faham hadis-hadis di atas dan di bawah, praktikalnya, jika tidak jumpa wali ALLAH, guru mursyid yang mempunyai talian sanad tersebut hingga kepada Rasulullah Sollallahualaihiwasalam.”

Makam Wali Allah Sultanul Aarifin Sheikh Ismail Ibnu alJabbar Pulau Besar, keturunan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir aljailani yang berdakwah di Nusantara

JIKA PARA NABI, PARA SAHABAT RASULULLAH ﷺ, WALI-WALI ALLAH SEMUA PERLU BERGURU UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH, MENGINGATI ALLAH APATAH LAGI KITA UMAT AKHIR ZAMAN.

Sangat besar RAHSIA SENTIASA MENGINGATI ALLAH berterusan, tanpa putus (Hatta sehingga dalam tidur!). Jadi ilmuNYA perlu dipelajari.

  • Tanpa guru yang bersanad sehingga kepada Rasulullahﷺ sukar untuk memahami kata-kata Imam Malik “Rezeki diperolehi dengan hanya tawakal yang benar, (tidak perlu usaha). Kita takkan faham, kita akan berdebat, sebab kita tak kenal ALLAH atau kita hanya tahu nama ALLAH, namun iman (keyakinan) kita pada ALLAH, baru mungkin tahap akal.
  • Tanpa guru yang bersanad sehingga kepada Rasulullahﷺ sukar memahami hadis di bawah. Dalam salah satu riwayat disebutkan: Bismillahhirrohmanirrohim
  • عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” رَأَيْتُ رَبِّي فِي صُورَةِ شَابٍّ أَمْرَدَ، لَهُ وَفْرَةٌ جَعْدٌ قَطَطٌ، فِي رَوْضَةٍ خَضْرَاءَ “
  • Dari Qatadah, dari Ikrimah, dari Ibnu Abbas, ia berkata, Rasullullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda: Aku melihat Robbku dalam bentuk seorang pemuda amrad (yang tidak berkumis dan tidak berjenggot), rambutnya kerinting dan lebat, Dia di dalam taman yang hijau.
  • Ibnu Taimiyyah menshahihkan hadits ini, akan tetapi ia tidak sendirian dalam menshahihkan hadits ini, ada ulama’-ulama’ lain yang juga menshahihkannya.
  • Tanpa guru yang bersanad sehingga kepada Rasulullahﷺ kita tidak akan RASA, kebenaran hadis, yang dengan LailahaillALLAH akan perbaharui iman kita. Tak percaya cuba sebut “LailahaillALLAH”, kemudian perhati iman kita? Ada rasa tak kemanisan iman? Ada rasa tak iman diperbaharui? Kita tak boleh tipu diri kita! Itulah hamba dahulu. Adakah kita rasa perubahan iman?
Hasil carian imej untuk ask"
Adakah anda rasa perubahan iman, bila sebut LailahaillALLAH?
  • Sehari, berapa kali kita ungkapkan kalimah “LailahaillALLAH”? 100x? 1000x? 7000x? Kita tidak mampu istiqomah! Sebab kita baca tanpa ilmu LailahaillALLAH. Sedangkan kalimah itulah yang Rasulullahﷺ, warwarkan, sampaikan, peringatkan kepada orang kafir.
  • Carilah guru, hamba ALLAH, yang mempertahankan kalimahNya. (Kalimah LailahaillALLAH), yang difitnah ketika membawanya. Sebagaimana Rasulullahﷺ difitnah. Mereka lah orang yang benar. Kerana Iblis, berjanji tidak akan duduk diam memfitnahkan mereka melalui orang yang ego tiada ilmu, seperti orang memegang jawatan Agama (orang yahudi) di zaman jahiliyah, dahulu.
  • Rasulullah ﷺ pernah dituduh melakukan sihir, GILA, ketika mengajar, membawa kalimah LailahaillALLAH. Tanya diri, Dah pernah jumpa keadaan seperti itu? Orang kafir melihat semacam sihir, tetapi mereka tiada ilmu, tidak tahu perkara sebenar terjadi!
  • Kalau belum lalui atau belum melihat, bermakna kita belum melalui jalan ilmu LailahaillALLAH. Kita belum lalui alQuran sedalam-dalam KEJUTAN RASA, menggegarkan sebagaimana Rasulullah ﷺ lalui. Nabi Musa as sahaja jatuh pengsan ketika di Bukit Tursina. (Surah al-a’raf). Kejutan biasanya macamana? Jeritan, gegaran, tangisan atau senyap?
  • Jangan buat anggapan, mengaku sahaja pada ALLAH kita jahil. Jangan komplen. Diri sebenar diri anda, yang mana satu pun anda belum kenal. Sebaik-baiknya mengaku pada ALLAH, kita jahil, tentang kejadian, ciptaan diri batin kita. Setiap hari kita BERNAFAS, mana mulanya NAFAS kita?
  • Tafakur, baca kisah para Nabi, Awliya ALLAH, fikir! Mengapa Rasulullahﷺ, ke gua hiraq? Mengapa disuruh ke gua? Mengapa para Nabi mesti ada kisah tentang gua, gunung, bukit? Mengapa Gua AlKahfi, kisahnya disebut dalam alQuran. Mukjizat al-Quran untuk kita. Mengapa Gua? Apa praktikal untuk kita? Mengapa awliya ALLAH, lari jauh ke hutan? Bacalah dengan perenungan dan kejernihan hati. Benarkah yang kafir lihat semacam sihir itu sihir? Adakah para Nabi menyihir? Astaghfirullah!
  • Hadis di atas dibaca perlu menambah iman, merasai manisnya iman, menguatkan rohani, bukan hanya sekadar mengulas dan membaca bacaan, perbincangan sanad hadis, luaran semata-mata. Namun akhirnya kosong dalam diri, tiada isi. Tidak membawa diri meRASA sebenar-benar sampai kepada ALLAH. Penuh adab. Bukan belajar sehari dua. Perlu dipelajari dari guru murobbi yang bersanad, bertalian sehingga kepada Rasulullahﷺ.
  • Bukan hanya kefahaman pada mulut, pada akal. Pada terjemah sebutan nama-nama ALLAH.
Rasululalh bersabda, “Perbaharui iman kalian”, “Bagaimana perbaharui iman kami, Ya Rasulullahﷺ? Perbanyakkanlah LailahaillAllah” -Hadith alHakim dan Ahmad
  • Tanpa guru yang bersanad sehingga kepada Rasulullahﷺ , kita tidak akan dapat fahami hadis tentang: “Bila Dajjal datang Zikrullah akan menggantikan makanan. “Bagaimana Zikrullah itu boleh menggantikan makanan? Mengapa bila zikrullah ( bila ingat pada ALLAH) akan menghilangkan rasa lapar? Bagaimana nak faham? Kita tidak tahu tidak faham, tidak dapat yakin, ainul yakin, haqqul yakin, tanpa ilmu ALLAH yang perlu dipelajari dari guru yang bersanad sehingga kepada Rasulullahﷺ.

PENGALAMANKU…

Kata guru murobbi hamba, bila kita nak sangat ingat ALLAH, nak dekat dengan ALLAH, syaitan iblis, segala musuh-musuh ALLAH sangat tak suka. Mereka akan sedaya upaya mengganggu kita.

Sekarang Baru saya faham, kenapa dulu hamba selalu kena tindih, kena kacau energy negatif, dalam keadaan yang hamba tengah tidur, atau nak tidur. Maksud hamba, hamba disergah, masa Nak tidur, dah nak lelap sangat, diganggu.

Faham kan situasinya ? Sedang tidur, macamana nak jaga diri? Sedang tidur macamana nak baca alQuran. Bagaimana nak Sentiasa ada hubungan, zikrullah, ingatan pada ALLAH? Soalan tu hamba tanya ALLAH, minta tunjukkan jalan. “Ya Allah, Kenapa ALLAH tak jaga hamba, dari energy negatif ni? Hamba solat, baca al-Quran, amalkan surah tertentu sebelum tidur, melalui perubatan islamik. Apa yang ALLAH mahu hamba buat?”

Dalam hati, hamba yakin ada Hadiah BESAR, ALLAH nak beri. Dalam hamba lalui, hamba pasti ada sesuatu BESAR, ALLAH nak hamba ketahui.

Bila bertemu, awliya ALLAH, guru Murobbi yang ALLAH tentukan buat hamba, baru hamba faham, rupanya keinginan hamba untuk sentiasa ingat ALLAH, nak feel yang ALLAH dekat itu, syaitan, iblis sangat tak suka.

Untuk pengetahuan, Masa kecil-kecil dulu hamba ni suka TANYA ALLAH, cerita pada ALLAH, luahkan pada ALLAH, apa-apa nak buat mesti cakap kat ALLAH, sampai masa kanak-kanak tu hamba ingat ALLAH tu kawan baik hamba. huhu.. (boleh baca buku saya bertajuk: Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA)

Bila dah mula masuk universiti, dah dewasa, dah semakin lalai, kerja banyak. Jadi hamba teringat satu feel yang hamba rindu pada ALLAH, masa hamba kanak-kanak dulu tu. Bermulalah episod, hamba mula tanya bagaimana nak ingat ALLAH. Hamba rindu perasaan itu, masa kanak-kanak.

Dan di situlah hamba diuji, tak boleh tidur, sebagaimana saya tulis di atas. Sampai Pakar bagi hamba ubat tidur. Tapi hamba kata kat ALLAH, bukan itu yang hamba cari. Hamba diuji tidak boleh makan. Makan sahaja muntah. Bertahun tahun hamba lalui. Kronik berlaku 2 bulan, tak tidur, tak makan.

Hamba seperti mayat hidup. Bila membaca kisah Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir alJailani, hamba menangis.. Pahit getir Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir alJailani, lalui, sebelum mula belajar mencari ilmu mengenal ALLAH, sangat sukar. Kejaiban baginda lalui di zaman kanak-kanak, berbual dengan malaikat, membuatkan hamba menangis.. Baru hamba faham, mengapa hamba diilhamkan ALLAH, digerakkan oleh ALLAH, untuk menulis buku Menyaksi rahsia Bicara KasihNYA.

Baca Buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA

Baru hamba faham, untuk sampai dekat pada ALLAH, banyak musuh-musuh ALLAH. Rohani dalaman diri hamba belum kuat, kita ni lemah. Kadang-kadang anda tak mengaku rohani anda tak kuat. Nak tanya,
Nampak muka jin buruk, hantu, ada rasa takut, seram tak? Hamba, Alhamdulillah, ALLAH jadikan berani. Cuma, apabila masa sedang hamba tidur, baru kena ganggu, ditindih, itu membuatkan hamba tafakur diri. “Bagaimana hamba boleh punyai connection dengan ALLAH yang sangat kuat?”

Jadi perlunya kekuatan rohani guru-guru menyambung talian/wasilah, yang ingatan mereka sudah 24 jam bersama ALLAH, membantu kita yang masih lemah, yang baru hendak belajar. Guru yang bersanad/ bertalian / berwasilah sehingga Rasulullah sollallahualaihiwasalam. Memahami Rohani guru ada kaitan dengan kisah TALQIN ZiKIR pertanyaan Saidina Ali ra kepada Rasulullah Sollallahualaihiwasalm, ditulis di atas tadi.

Nak sampai kepada ALLAH, hamba masih “kotor”, masih belum mampu sentiasa SEDAR 24 jam mengingati ALLAH tanpa putus, malu dengan ALLAH. Terjawablah, mengapa Nabi Musa as, disuruh belajar dengan Nabi Khidir as masa beliau hendak ingat, nak kenal ALLAH. ALLAH suruh Nabi Musa as belajar LailahaillALLAH. (Yang hamba share di atas tu)

Untuk belajar LailahaillALLAH, ilmu ALLAH, perlu serah diri minta pada ALLAH sungguh-sungguh, kerana itu ilmu ALLAH. ALLAH akan lantik, pertemukan dengan guru mursyid yang mengajar ilmu LailahaillALLAH pada kita, jika kita ikhlas meminta. Kata guru hamba, guru umpama penyambung talian. Seumpama nak hidupkan cahaya lampu, perlu ada talian elektrik. Guru lah talian itu.

Kalau sekarang kita belajar di universiti, ada laptop, kita nak muatturun nota, mesti ada talian internet, bukan? Nak ada talian internet mesti daftar line dulu. Jadi TALQIN itu, ibaratnya untuk daftar mendapat talian. Kalau TEKNOLOGI MANUSIA ada TALIAN INTERNET, TEKNOLOGI ALLAH LAGI HEBAT, ada TALIAN ZIKRULLAHHI ANNFAS. (TALIAN NAFAS)

Kalau TEKNOLOGI MANUSIA ada TALIAN INTERNET, TEKNOLOGI ALLAH LAGI HEBAT, ada TALIAN ZIKRULLAHHI ANNFAS. (TALIAN NAFAS YANG BERZIKIR)

Dan talian guru itu, mestilah yang taliannya pula sehingga lah sampai kepada Rasulullah Sollallahualaiohiwasalam. Ilmu ALLAH ini mahal bak mutiara, ia bukan tulisan buku. Mutiara yang mahal, perlu disembunyikan, hanya diberi kepada yang mencari NYA. Ia terus ditulis ke dalam qalbu, dengan TEKNOLOGI ALLAH. Sebab itulah qalbu akan bergegar dengan KEJUTAN, PENYAKSIAN RASA YANG HAQ.

Hamba mohon pada ALLAH agar sentiasa pelihara hamba, tempatkan hamba agar bersama orang-orang yang sentiasa BERSAKSI dengan LAILAHAILLALLAH, ilmuNYA. Hamba berdoa agar kemanisan iman yang hamba perolehi, juga dapat dirasai oleh mereka yang benar-benar ikhlas mencariNYA. Nak RASA dekat dengan DIA.

Hamba berdoa agar ALLAH sentiasa mengurniakan kekuatan, kesihatan kepada guru Murobbi hamba, agar hamba dapat membantu beliau bersamanya berdakwah menyampaikan kalimah AGUNG ini. “Ya ALLAH, tingkatkan, kedudukan guru murobbi hamba disisi Mu. Ya ALLAH, ampunkanlah dosa umat Nabi Muhammadﷺ, Ya ALLAH kasihanilah umat Nabi Muhammadﷺ … Ya ALLAH sedarkanlah umat Islam, Sultan, Raja, Ketua Agama Islam, Pemimpin Negara, ibu bapa, betapa pentingnya ilmu Mu ini, terutamanya buat kami umat akhir zaman.”

Amin..amin.. amin.. Yarobbalalamin. Wasollallahuala Sayyedina Muhammad ﷺ, waala alihi wasohbihi wabari wasallim.

About aein

Alhamdulillah.. Blog ini ditulis untuk berkongsi tarbiah diri buat diri sendiri. Asalnya dahulu saya seorang pensyarah, namun berhenti setelah istikharah dan mendapat gerak kuat dariNya. Mengadu pada Nya, jika begitu kehendakNya, bagaimana nak bayar duit kereta? Lalu ALLAH menggandakan kenaikan gaji suami yang lebih dari cukup membayar duit kereta. Ada sesuatu yang DIA mahu saya kongsi tentang istimewanya kita sebagai khalifah. Berniat agar kita sentiasa puji dan agongkan hanya DIA. Lahaulawalaquwwataillabillah... Buat yang membaca, terima kasih. Sudikanlah tinggalkan 'jejak' (komen), sebagai tanda, salam kasih dan perkenalan. Moga dengannya, berpaut hubungan atas dasar ilmu yang berharap rahmat, lingkungan kasihNya, Ar Rahman.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.