Kenali Saya

Nurul Aein, suka dan cinta untuk menyebarkan tentang pentingnya kesedaran dari dalam diri untuk mengingati ALLAH 24 jam sehari melalui kalimah Lailahaillallah, di samping berkongsi pengalaman (sebagai inspirasi) untuk membangkitkan, rahsia kehebatan manusia sebagai hambaNYA

Bermula dengan Ijazah Sarjana Muda, Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor dan kini telah memperolehi, Sarjana Sains (Sains Komputer) pada 2011 dari Universiti Teknologi Mara, Malaysia.

Berpengalaman sebagai pensyarah selama 9 tahun di College (MSU) Shah Alam, Management and Science University Colleges.

Sekarang beliau merupakan Director Arrafeiq Energy dan partnership Director Global Systematic Eduation Sdn Bhd. Beliau merupakan penulis buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA dan 10 persoalan terjawab dengan syahadah LailahaillAllah. Merupakan pengamal Syahadah Imagination and Visualization.

Kini aktif sebagai EMQR (Emosi, Minda, Qalb, Rohani) Motivator & Professional Learning Facilitator (PLF), yang mana mengendalikan program latihan, berkaitan kepentingan mengenal dan mengingati ALLAH melalui rukun Islam pertama sebagai motivasi, penyelesaian masalah dan pembangunan kendiri bagi pelbagai lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa.

pelajari syahadah rukun islam pertama

Nurul Aein – EMQR Motivator